awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik dalam pengurangan bahan pemusnah ozon

Bernama
Bernama
05/10/2021
23:22 MYT
Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik dalam pengurangan bahan pemusnah ozon
Malaysia diberi pengiktirafan A dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon.
KUALA LUMPUR: Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik iaitu A+ dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon.
Menurutnya pengiktirafan itu turut disokong oleh ahli panel Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Niloy Banarjee yang kagum dengan kejayaan JAS dalam meyakinkan industri kecil dan sederhana untuk menukar teknologi yang mereka gunakan kepada bahan mesra ozon.
"Selain itu, lebih 16,000 juruteknik terlatih dalam servis refrigeran dalam negara telah berjaya diwujudkan bagi memastikan penyelenggaraan sistem pendingin hawa dan penyejukan mengikut amalan mesra ozon.
"Inisiatif ini dicapai dengan menggalakkan kecekapan tenaga dalam sektor penyejukan yang turut menyumbang kepada jaminan kualiti kehidupan, jaminan makanan dan penyimpanan vaksin dalam keadaan baik dan selamat," katanya menerusi kenyataan JAS pada Selasa.
Protokol Montreal adalah satu perjanjian antarabangsa bertujuan mengawal pengeluaran dan penggunaan bahan pemusnah ozon seperti Klorofluorokarbon (CFC), Halon, Karbon Tetraklorida (CTC), Metil Klorofom (111 TCA), Metil Bromida (MBr), Hidroklorofluorokarbon (HCFC), Hidrobromofluorokarbon (HBrFC) dan Bromoklorometana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#pengiktirafan tahap terbaik
#Protokol Montreal
#ozon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan