Malaysia dijangka mampu membasmi kemiskinan menjelang tahun 2030, selaras dengan agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi kemiskinan dan kebuluran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, satu pasukan ditubuhkan di Parlimen tahun lepas, bertujuan merangka agenda Pembangunan Mampan sekali gus melihat sejauh mana Malaysia mampu mencapat matlamat yang ditetapkan PBB itu.
"Negara sedang berusaha bagi mencapai agenda berkenaan terutama membasmi kemiskinan dan kebuluran dan dalam masa yang sama, banyak ruang yang perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Tapak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Mustapa berkata agenda membasmi kemiskinan mungkin sukar dicapai memandangkan seluruh dunia kini berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada sektor ekonomi dan sebagainya.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Jeli itu berkata sehingga Jun lepas, kadar kemiskinan di Malaysia menurun kepada 5.6 peratus berbanding 7.6 peratus direkodkan pada 2016.
Selain itu, beliau berkata kadar pengangguran negara juga menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 4.9 peratus pada Jun, berbanding 5.3 peratus pada Mei lepas susulan langkah kerajaan berjaya menggerakkan semula ekonomi negara.
"Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, jumlah pengganguran pada Jun ialah 773,200 orang manakala Mei pula sebanyak 826,100 orang.
"Perkembangan positif ini menunjukkan ekonomi negara semakin pulih namun perhatian serius masih perlu diberikan kerana definisi pengangguran yang diguna pakai amat luas," katanya.
Menurut beliau, dari segi konsep, penganggur adalah mereka yang tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan, justeru mereka yang tidak bekerja buat sementara waktu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk diberi cuti tanpa gaji, tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana masih mempunyai pekerjaan dan kembali bekerja semula.
Katanya, kerajaan melalui pelbagai agensi turut menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan terutama golongan bekerja sendiri, termasuk menerusi bayaran daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
"Dalam hal ini, kerajaan memberi perhatian serius kepada 768,000 orang yang berada dalam kategori ini," katanya.
Bernama
Sat Aug 08 2020
MUSTAPA: Negara sedang berusaha bagi mencapai agenda berkenaan terutama membasmi kemiskinan dan kebuluran. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.