KUALA LUMPUR: Malaysia diplih sebagai anggota Majlis Pentadbiran Institut Statistik bagi Asia dan Pasifik (GC SIAP) bagi penggal 2022-2024 susulan pemilihan dalam kalangan negara-negara anggota Asia Pasifk di Bangkok pada 24 Mei, 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
SIAP merupakan pusat latihan statistik profesional bagi pegawai kerajaan dari negara membangun dan membantu negara membangun dan kawasan lain di dunia dalam pembangunan sumber manusia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin akan mewakili Malaysia sebagai anggota majlis.
Selain negara tuan rumah Jepun, anggota majlis pentadbiran yang dipilih ialah Bangladesh, China, India, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan, hari ini.
Pemilihan Malaysia ke GC SIAP adalah bukti pengiktirafan dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap usaha negara sebagai penyokong serta fasilitator untuk kemajuan modal insan di rantau Asia Pasifik.
Dalam tempoh penggal keahlian, Malaysia merancang mengutamakan pembabitan yang membina, kerjasama dan ketelusan untuk mempercepat pembangunan modal insan di peringkat nasional dan global.
Malaysia akan bekerjasama rapat dengan SIAP Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membina kapasiti statistik yang mampan dan membangunkan profesional berkelayakan yang mencukupi dalam kalangan negara anggota bagi menghasilkan statistik yang tepat pada masanya dan berkualiti tinggi untuk pembangunan ekonomi yang inklusif serta mampan.
Mohd Uzir Mahidin mengulangi ikrar Malaysia untuk bekerjasama dengan ahli majlis lain dalam memperjuang agenda global seperti alam sekitar, perubahan iklim, keselamatan makanan, Data Raya dan lain-lain.
"Kami akan bekerjasama dengan SIAP bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin akan mewakili Malaysia sebagai anggota majlis. - Gambar fail/DOSM

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Inisiatif Malaysia Digital letak negara di saf hadapan sektor ekonomi digital - Annuar
Malaysia Digital adalah program di agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.

Axelsen teruja penantian gelaran Terbuka Malaysia selama 10 tahun tercapai
Viktor Axelsen menzahirkan perasaan teruja dan gembira apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian kejuaraan badminton Terbuka Malaysia sejak penampilan sulungnya 10 tahun lalu.

Badminton Terbuka Malaysia: Hoki-Kobayashi muncul juara buat julung kali
Tewaskan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Final untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen mudah menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, pada final perseorangan lelaki.

Badminton Terbuka Malaysia: Gelaran juara pertama bersejarah bagi Apriyani-Siti Fadia
Gandingan baharu beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti menjulang kejuaraan pertama mereka di Terbuka Malaysia 2022.

Musim kemarau di Asia Tenggara termasuk Malaysia telah bermula
Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand telah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.

Haji: Idris puji perkhidmatan terbaik TH
Jemaah haji Malaysia memang bertuah, kata Idris.