Malaysia telah mampu menempatkan diri dalam kedudukan tangga keempat dalam Indeks Internet Mampu Milik 2015, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Dalam kiriman terbaru dalam blognya hari ini, Salleh berkata kedudukan itu telah meletakkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Thailand (kedudukan ke-13), Vietnam (22), China (23), Pakistan (25), Indonesia (27), Filipina (29) dan India di tangga ke-30.
Malaysia hanya ketinggalan di belakang Costa Rica, Colombia dan Turki dalam kategori bahagian negara-negara memuncul dan membangun dalam indeks tersebut.
Salleh juga berkata Malaysia menduduki ranking kelima dalam kategori indeks kecil infrastruktur komunikasi di belakang Colombia, Peru, Brazil dan Turki.
Indeks tersebut adalah satu kajian mendalam yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa, 'Alliance for Affordable Internet (A4AI)' dengan tujuan memahami usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan akses internet yang lebih berpatutan, mudah dan sejagat.
Menurut laman rasmi A4AI, indeks berkenaan meliputi 51 buah negara memuncul dan membangun dan terdapat 30 syor dasar terperinci bagi pemegang kepentingan termasuk kerajaan dan pemain sektor perniagaan untuk meningkatkan kedudukan ranking di bawah indeks tersebut.
Sementara itu, Salleh berkata Malaysia diiktiraf sebagai peneraju global dalam penggunaan pemesejan segera (IM) di mana 77 peratus rakyat Malaysia menggunakannya setiap hari diikuti rapat Singapura (76 peratus) dan Thailand dengan 74 peratus.
Dalam blognya, Salleh memetik Frost & Sullivan Asia-Pacific (Apac), ketua industri bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Naveen Mishra sebagai berkata Malaysia menerajui dunia dalam pengunaan IM kerana penembusan telefon pintar telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Pada 2014, penembusan telefon pintar telah mencecah 51.6 peratus daripada 38 peratus pada 2013. Lebih 21 juta penduduk menggunakan telefon pintar dan persaingan kuat dalam pasaran telah menjadikan internet mampu milik di sediakan.
"Rakyat Malaysia agak celik teknologi dan masyarakat pelbagai peringkat umur mampu menguasai aplikasi IM dengan cepat," Naveen dipetik sebagai berkata.
Bernama
Thu Oct 22 2015
Salleh berkata Malaysia diiktiraf sebagai peneraju global dalam penggunaan pemesejan segera (IM) di mana 77 peratus rakyat Malaysia menggunakannya setiap hari diikuti rapat Singapura (76 peratus) dan Thailand dengan 74 peratus. - Gambar Fail
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Malaysia duduki ranking keempat dalam indeks internet mampu milik - Salleh
Malaysia telah mampu menempatkan diri dalam kedudukan tangga keempat dalam Indeks Internet Mampu Milik 2015, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.