Sudah tiba masanya pihak berkuasa Malaysia dan pihak berkuasa selatan Filipina 'duduk semeja' bagi membincangkan di peringkat tinggi pendekatan terbaik untuk menangani isu jenayah rentas sempadan, khususnya kes penculikan yang tidak berkesudahan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Pandangan itu diluahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Ruji Ubi yang berpendapat inisiatif baharu itu perlu memandangkan penjenayah yang menyusup masuk ke Sabah melalui perairan Esszone merupakan mereka yang berasal dari wilayah selatan Filipina.
"Pada ketika ini, kerjasama kedua-dua pihak antara pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya tertumpu kepada pertukaran maklumat risikan sahaja. "Ekoran kejadian penculikan di Restoran Ocean King di Sandakan baru-baru ini terdapat keperluan untuk memperluas kerjasama ini secara holistik, termasuk mengadakan perbincangan meja bulat dan kawalan perairan koordinasi bersama di wilayah sempadan perairan Esszone dan laut Sulu (selatan Filipina)," katanya.
Ruji berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kejohanan futsal terbuka lelaki Piala Komander Esscom di Gelanggang Futsal Dynason, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pusat Operasi Esscom Brig Jen Datuk Tuan Roslan Tuan Ismail, Pengarah Bahagian Keurusetiaan Esscom Newmond Tibin dan Pengarah Bahagian Tindakan Awam Esscom Wan Mohd Khalid Wan Kamal.
Ruji yakin dengan adanya kerjasama yang menyeluruh akan dapat menghasilkan satu resolusi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
"Saya melihat ini merupakan mekanisme baharu yang perlu diteroka atau direalisasikan dalam usaha kita memikirkan sesuatu inisiatif di luar kelaziman ...kedua-dua pihak perlu ada keseriusan dalam hal ini," katanya. Ruji berharap pihak berkuasa Filipina dapat menimbang cadangan itu demi kebaikan bersama, sekali gus memastikan kawasan Esszone bebas daripada jenayah penculikan.
Pada Khamis lepas, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik dua mangsa seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.
Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.
Sementara itu, Ruji meminta komuniti Esszone, termasuk golongan belia supaya terus memberi sokongan kepada Esscom, terutama dari segi penyaluran maklumat kepada pasukan keselamatan.
Beliau turut mengingatkan mereka agar tidak melindungi dan bersekongkol dengan pendatang tanpa izin (PATI), sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa kehadiran PATI di kawasan masing-masing.
Mengenai kejohanan futsal Piala Komander Esscom, Ruji berkata ia bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim selain menjadi medan untuk memperjelas isu-isu semasa mengenai keselamatan di Esszone.
Ruji berkata kejohanan itu akan diadakan di daerah lain di Esszone secara berperingkat.
Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
Bernama
Sat May 23 2015
Pihak berkuasa Malaysia, Filipina perlu 'duduk semeja' bagi membincangkan pendekatan terbaik untuk menangani isu jenayah sempadan. - Gambar Fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.