awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia fokus tangani kos kenaikan pengambilan pekerja asing - Menteri

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2023
10:08 MYT
Malaysia fokus tangani kos kenaikan pengambilan pekerja asing -  Menteri
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar, kata Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar. - Gambar fail
PUTRAJAYA : Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar.
Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja asing yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.
Beliau berkata, kerajaan akan mengambil segala usaha untuk memastikan bahawa pekerja asing yang masuk ke negara ini juga tidak menghadapi tekanan yang terlalu tinggi terutamanya dari segi kewangan.
“Kita faham niat mereka ke sini (Malaysia) untuk mencari rezeki tetapi dalam masa sama kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kewangan walaupun mereka bekerja di sini untuk beberapa tahun tetapi berhutang di negara mereka,” kata Sivakumar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Graduasi Pensijilan Profesional Pekeso, di sini, hari ini.
Tambah Sivakumar lagi, ketika ini beberapa usaha telah diambil dengan beberapa siri rundingan masih berjalan bagi mencapai maksud tersebut.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah mengadakan kunjungan ke Indonesia dan akan turut ke beberapa negara sumber lain seperti Nepal dan Bangladesh bagi tujuan tersebut.
Malaysia, ketika ini, masih lagi bergantung kepada 15 negara sumber dalam mendapatkan perkhidmatan pekerja asing di negara ini.
Namun, Indonesia, Bangladesh dan Nepal masih menjadi tiga buah negara sumber utama bagi tenaga kerja asing di negara ini.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Indonesia
#pekerja asing
#Menteri Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan