KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa agar pengoperasian dana kerugian serta kerosakan bagi perubahan iklim bermula pada landasan yang betul dan dilakukan dengan setelus mungkin.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dalam hal ini, institusi kewangan antarabangsa yang lain seperti Bank Pelaburan Eropah, Bank Pembangunan Asia, Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dan Kumpulan Bank Pembangunan Afrika perlu dilibatkan.
"Tiada satupun institusi yang harus mempunyai monopoli. Kami harap penyesuaian boleh dilakukan atas semangat kemunasabahan dan keadilan.
"Namun kami harap ia dapat membantu semua negara yang memerlukan selain yang paling kurang maju dan kecil," katanya semasa Segmen Peringkat Tinggi Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan pada Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Dubai pada Sabtu.
Beliau berkata kesimpulan pengambilan saham global menggariskan keperluan mendesak untuk meningkatkan pembiayaan bagi tindakan membabit perubahan iklim dan Malaysia telah melakukan banyak perkara dalam hal ini.
"Kami akan melakukan lebih banyak lagi... jika kami mendapat bantuan sama ada dari segi kewangan atau teknikal," katanya sambil menambah semua negara harus menyumbang dalam usaha menangani perubahan iklim berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama namun berbeza (CBDR).
Nik Nazmi berkata Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus pada 2030 berbanding tahap pada 2005.
"Selain itu, kami berhasrat untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih melalui Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) yang akan dimuktamad pada awal 2024," katanya.
Sebagai antara 17 negara megadiversiti, Nik Nazmi berkata Malaysia telah mendukung komitmen yang dibuat semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 bagi mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan hutan dan litupan pokok di negara ini.
Beliau berkata dari segi perundangan, Malaysia dalam proses meluluskan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga serta sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim dan Pelan Adaptasi Negara selain telah melancarkan pasaran karbon sukarela.
"Malaysia telah diiktiraf sebagai negara Asia Tenggara dengan kedudukan teratas dalam Laporan Indeks Peralihan Tenaga 2023 oleh Forum Ekonomi Dunia.
"Kami juga buat pertama kali telah menganjurkan Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) yang menyaksikan penglibatan lebih 2,000 delegasi dari 100 negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Nik Nazmi berkata Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45 peratus pada 2030 berbanding tahap pada 2005. - Foto fail/BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Malaysia gesa pengoperasian dana kerugian dan kerosakan bagi perubahan iklim lebih telus
Malaysia menggesa agar pengoperasian dana kerugian serta kerosakan bagi perubahan iklim bermula pada landasan yang betul dan dilakukan dengan setelus mungkin.
Johor bakal lancar rangka kerja "Green Deal" di APCW 2023
Kerajaan negeri Johor bakal melancarkan rangka kerja inisiatif hijau bergelar "Johor Green Deal" pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023, yang akan berlangsung di Johor Bahru pada November.