awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia guna Bahasa Melayu untuk setiap urusan rasmi negara - PM

Bernama
Bernama
26/02/2022
11:43 MYT
Malaysia guna Bahasa Melayu untuk setiap urusan rasmi negara - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan. - Gambar BERNAMA
BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
Ismail Sabri berkata, beliau telah menggunakan Bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa melakukan lawatan rasmi ke Brunei serta Kemboja sebelum ini dan yang terbaharu, Thailand.
"Sebelum ini, saya telah menyatakan bahawa dalam setiap urusan rasmi kerajaan, kita perlu menggunakan Bahasa Melayu. Rundingan saya di luar negara juga merupakan urusan rasmi kerajaan. Oleh sebab itu, saya menggunakan Bahasa Melayu.
"Sudah sampai masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan... kita bertanggungjawab memperkasa Bahasa Melayu.
"Jadi, kita tidak ada sebab untuk rasa janggal dan berbahasa Melayu ketika di luar negara kerana orang lain boleh bangga dengan bahasa masing-masing," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini hari ini pada akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Thailand.
Ketika mengadakan pertemuan dan mesyuarat terhad serta sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha semalam, Ismail Sabri telah menggunakan Bahasa Melayu.
Beliau berkata, penduduk di ASEAN paling banyak menggunakan Bahasa Melayu dan tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti, ia boleh dijadikan sebagai Bahasa ASEAN.
"Perkara ini mungkin boleh dibincang dengan pemimpin ASEAN pada masa depan," katanya.
Ismail Sabri berkata, di ASEAN, enam negara menggunakan bahasa sendiri dalam urusan rasmi masing-masing dan perlu diterjemah manakala empat lagi menggunakan Bahasa Inggeris.
"Jika negara itu menggunakan bahasa mereka, kita akan menggunakan Bahasa Melayu. Sekiranya negara itu menggunakan Bahasa Inggeris, kita menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa kita sendiri (Bahasa Melayu)," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#bahasa kebangsaan
#urusan rasmi negara
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan