awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia guna kaedah diplomasi tangani isu umat Islam serantau

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2023
04:10 MYT
Malaysia guna kaedah diplomasi tangani isu umat Islam serantau
Mohamad berkata usaha berkenaan akan dipergiatkan bagi menangani pelbagai cabaran antarabangsa dalam budaya damai. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menggunakan kaedah diplomasi dua hala, pelbagai hala dan serantau serta dialog dalam usaha menangani isu umat Islam dan Islamofobia, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Mohamad memaklumkan kepada Dewan Rakyat, Malaysia akan memperjuangkan hak umat Islam di peringkat antarabangsa termasuk menangani isu Islamofobia dan kebajikan rakyat Palestin serta etnik Rohingya.
Beliau berkata usaha berkenaan akan dipergiatkan bagi menangani pelbagai cabaran antarabangsa dalam budaya damai.
Katanya, usaha itu antaranya dilaksanakan melalui sesi dialog, komunikasi dan penekanan falsafah hidup bersama.
"Contohnya baru-baru ini Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir juga mengadakan lawatan rasmi di Arab Saudi dan mengambil kesempatan bertukar pandangan mengenai sentimen anti Islam di sesetengah tempat sejak kebelakangan ini.
"Pelaksanaan dasar luar negeri yang berkesan mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi berdaya maju dan mampan sejajar dengan Malaysia Madani," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kerangka dasar luar Malaysia yang terkini mengambil kira perkembangan geopolitik semasa.
Pada masa sama, Mohamad berkata, Malaysia mengambil sikap berhati-hati, sekali gus tidak akan memihak kepada mana-mana kuasa besar sama ada China atau Amerika Syarikat (AS) dalam persaingan mereka termasuk isu di Laut China Selatan.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Luar
#Islamofobia
#Mohamad Alamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan