SINGAPURA: Dua pesawat tempur Sukhoi SU-30MKMs dan KD Lekiu milik Malaysia turut serta dalam acara penerbangan lintas hormat dan pameran kapal tentera laut yang di adakan di Singapura hari ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 Anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Sambutan itu diadakan di Marina South di sini selepas berakhirnya sesi 'Exercise Bersama Gold 2021' dengan menampilkan aset dari empat negara anggota FPDA iaitu Australia, Malaysia, New Zealand dan Singapura.
Penerbangan lintas hormat dilakukan dalam tiga profil dikenali formasi delta yang diketuai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan gabungan FPDA membabitkan pesawat tempur dan peronda maritim serta helikopter dari lima negara berkenaan.
Kedua-dua acara itu disiarkan secara langsung di platform media sosial Mindef Singapura pada 12 tengah hari tadi.
Hadir sama diacara itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 (FDMM) dan sambutan Ulang Tahun FPDA ke-50 pada 21 Okt di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia.
Sementara itu, dalam catatan Facebooknya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melahirkan rasa gembira kerana FPDA yang ditubuhkan pada 1971 masih aktif dan relevan hari ini.
"Kerjasama ini memupuk keamanan dan keselamatan di rantau ini, dan Singapura terus menyokongnya di dunia yang sangat berbeza," katanya.
Menurutnya pada 50 tahun dahulu Asia Tenggara tidak begitu stabil, dan Perang Vietnam masih berlangsung.
Di bawah Peraturan itu, kelima-lima negara harus segera berunding satu sama lain sekiranya berlaku ancaman bersenjata atau serangan ke atas Malaysia atau Singapura.
FPDA adalah perkongsian ketenteraan tertua kedua di dunia (selepas NATO), menurut catatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Penerbangan lintas hormat dilakukan dalam tiga profil dikenali formasi delta yang diketuai RSAF dan gabungan FPDA membabitkan pesawat tempur dan peronda maritim serta helikopter dari lima negara berkenaan. - Gambar hiasan/ Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia hantar Sukhoi, KD Lekiu ke Singapura
Dua pesawat tempur Sukhoi SU-30MKMs dan KD Lekiu milik Malaysia turut serta dalam acara penerbangan lintas hormat dan pameran kapal tentera laut yang di adakan di Singapura hari ini.
Jet pejuang Vietnam hilang dari radar di Laut China Selatan
Pesawat Sukhoi SU-30 MK2 itu sedang terbang dalam jarak 30 hingga 40 kilometer di luar pesisiran wilayah Nghe An yang berdekatan dengan Pulau Hainan, China sebelum ia hilang.