PUTRAJAYA: Malaysia berharap lebih ramai negara anggota Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyokong resolusi "Sains Tingkah Laku Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik" atau Behavioral Science for Better Health yang dibawa negara ini semasa persidangan ke-152 di Geneva, Switzerland pada 3 Feb lepas.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, yang diberi penghormatan mempengerusikan mesyuarat itu selepas dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat 2023-2024 berkata, beberapa anggota Lembaga Eksekutif WHO seperti Qatar, Maldives dan Jepun telah memberi persetujuan untuk menyokong resolusi tersebut.
Beliau berkata, apabila resolusi itu diterima Lembaga Eksekutif WHO, ia akan membolehkan resolusi itu dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) yang akan berlangsung pada Mei di Geneva
"Sekiranya resolusi itu diterima dan seterusnya menjadi item utama dalam WHO, ia merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia dalam ruang lingkup kesihatan global," katanya dalam temu bual bersama media di sini.
Mengupas mengenai resolusi "Sains Tingkah Laku Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik" itu, Dr Zaliha berkata, ia berkaitan tingkah laku manusia dalam membentuk kesihatan yang lebih baik.
"Sebagai contoh, dalam pengurusan penyakit wabak berjangkit seperti wabak COVID-19, pemahaman tentang tingkah laku dan respons penyakit serta orang yang dijangkiti secara saintifik membantu dalam usaha (membendung) penularan wabak itu," katanya.
Selain membentangkan beberapa resolusi dalam persidangan tersebut, Dr Zaliha berkata, beliau turut bertukar pandangan dengan beberapa anggota lembaga eksekutif mengenai isu kesihatan.
"Contoh yang agak terkesan dengan saya, bila kita berbincang dengan beberapa negara, contohnya masalah kesihatan negara kita seperti dibayar gaji yang kurang, kerja teruk (ia) banyak berkaitan dengan peruntukan bajet yeng kita terima dalam Kementerian Kesihatan kerana sekarang ini, kita terima lebih kurang 2.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar produk Kementerian Kewangan.
"Saya bincang juga dengan negara lain ada antara mereka terima 10 peratus (peruntukan dalam bajet) untuk sistem kesihatan mereka dan itu satu pencapaian yang agak jauh berbanding mereka," katanya.
Pada 3 Feb lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Dr Zaliha menjadi Menteri Kesihatan Malaysia pertama diberi penghormatan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dan ia kali pertama berlaku dalam sejarah kesihatan negara.
Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO diadakan secara berkala dihadiri menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah dah pakar dalam bidang kesihatan.
Ia merupakan platform bagi membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata, Malaysia akan belajar dari Amerika Syarikat (AS) bagaimana negara itu bakal diisytiharkan sebagai negara endemik Mei depan.
"Mungkin ada perkara-perkara yang kita boleh belajar daripada AS, apakah pengalaman telah mereka lalui dan diambil kira sebagai faktor untuk mengisytiharkan negara bebas COVID-19," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Malaysia berharap lebih ramai negara anggota Lembaga Eksekutif WHO menyokong resolusi "Sains Tingkah Laku Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik" atau yang dibawa negara ini semasa persidangan ke-152 di Geneva, Switzerland pada 3 Feb lepas, kata Dr Zaliha.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Malaysia harap lebih ramai Lembaga Eksekutif WHO sokong resolusi sains tingkah
Beberapa anggota Lembaga Eksekutif WHO seperti Qatar, Maldives dan Jepun telah memberi persetujuan untuk menyokong resolusi tersebut.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.