Malaysia akan menganjurkan persidangan dan mesyuarat agung tahunan ke-35 Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) di sini pada 2020.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini bekata cadangan Malaysia untuk menjadi hos persidangan penting di rantau ini disokong sepenuhnya oleh anggota APOSHO semasa mesyuarat agung tahunannya ke-32 di Temasek Polytechnic, Singapura pada Sabtu.
"NIOSH akan membawa berita baik kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang dijangka mengemukakan cadangan kepada Kabinet.
"Kami gembira bahawa tawaran kami untuk menjadi hos APOSHO 35 diterima baik oleh semua ahli kerana hubungan yang sangat baik dengan mereka dan berikutan kejayaan acara sama yang didakan di Malaysia sebelum ini," kata beliau.
Lee berkata NIOSH akan menganjurkan APOSHO 35 di bawah kerjasama dengan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) dan Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA), yang juga bersetuju untuk menjadikan acara antarabangsa itu sebagai yang paling berjaya.
"APOSHO 35 akan membawa banyak manfaat kepada Malaysia kerana ia boleh menarik pakar dan organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dari seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan.
APOSHO merupakan badan antarabangsa yang terdiri daripada organisasi profesional bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan usaha ke arah pencegahan kemalangan pekerjaan dan ia kini mempunyai 27 ahli penuh, 2 ahli bersekutu, 8 ahli gabungan dan 20 ahli kehormat dari sejumlah 19 negara atau wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2017
LEE: NIOSH akan membawa berita baik. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia hos APOSHO Ke-35 pada 2020
Malaysia akan menganjurkan persidangan dan mesyuarat agung tahunan ke-35 Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) di sini pada 2020.