Malaysia dan India sudahpun diiktiraf sebagai orde baharu yang sedang muncul di Asia dan di dunia dan oleh itu, kedua-dua negara perlu bekerjasama dengan lebih rapat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata mereka perlu terus bekerjasama bagi membina masa depan yang berdasarkan kepada kestabilan, kemakmuran dan saling memahami sebagai paksi global yang berpindah ke Timur.
"Dalam Abad Asia ini, India dan Malaysia mempunyai begitu banyak untuk ditawarkan antara satu sama lain, rantau ini dan di luar rantau ini - sebagai contoh mengenai kesederhanaan, ketamadunan, negara yang aman yang menghargai pendidikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita, dan usaha mendapatkan pertumbuhan yang saksama dan lestari," katanya.
Dalam satu artikel yang ditulis untuk Hindustan Times, perdana menteri yang kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke India, berkata Malaysia dan India mempunyai hubungan yang mendalam dan bersejarah, sejak beberapa abad yang lalu.
"Kita sentiasa menjadi rakan dagang, yang melihat ke luar dan berminat untuk menjalin persahabatan dengan jiran tetangga dan rakan-rakan di rantau ini. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 hubungan rasmi diplomatik," katanya.
Najib berkata hubungan di antara kedua-dua negara adalah kukuh, sambil menambah sejak 1998, India menjadi destinasi eksport terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dan sejak sedekad lepas atau lebih, perdagangan itu telah meningkat lebih daripada empat kali ganda.
Pada masa ini, India merupakan rakan dagang ke-10 terbesar, destinasi ketujuh terbesar, sumber import ke-12 terbesar Malaysia dan juga pada ketika ini juga merupakan pelabur ke-20 terbesar Malaysia dengan jumlah pelaburan bernilai US$2.31 bilion.
Perdana menteri juga menegaskan Malaysia mempunyai peratusan tertinggi dispora India di luar India, dengan tujuh peratus penduduknya berasal dari India.
"Dan rakyat Malaysia keturunan India ini telah memainkan peranan penting dalam membina negara kami. Rakyat Malaysia keturunan India telah sentiasa di barisan hadapan urus tadbir di Malaysia, dalam perkhidmatan awam kami, perniagaan, hiburan, pendidikan dan sudah tentu, makanan - yang anda mungkin sudah tahu, sangat penting kepada rakyat Malaysia!
Najib berkata beliau benar-benar boleh mengatakan tanpa rakyat Malaysia keturunan India, Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini, dan mereka membentuk satu sebab yang istimewa kenapa ia kelihatan begitu semula jadi bagi kedua-dua negara untuk memupuk hubungan yang rapat dan lebih mesra. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 31 2017
Perdana Menteri berkata Malaysia dan India mempunyai hubungan yang mendalam dan bersejarah, sejak beberapa abad yang lalu. - Foto Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria
India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.