PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia mengadakan perbincangan mengenai kaedah untuk mempertingkatkan kerjasama perburuhan khususnya dalam memberikan perlindungan kepada pekerja warga Indonesia di Malaysia.
Perkara itu dibincangkan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono ketika kunjungan hormat Hermono terhadap Sivakumar di Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini hari ini.
KSM dalam kenyataan memaklumkan kunjungan hormat itu bagi membincangkan isu hubungan dua hala perburuhan antara Malaysia dan Indonesia yang bakal menjadi agenda di peringkat tertinggi kedua negara semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta pada 8 dan 9 Jan ini.
"Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Republik Indonesia kelak diharap akan memperkukuh kerjasama sedia ada antara kedua negara dalam pelbagai bidang khususnya sektor perburuhan," menurut kenyataan itu.
Malaysia dan Indonesia telah menjalin hubungan perburuhan menerusi dua memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan pengambilan pekerja warga Indonesia bagi sektor formal dan sektor pekerja domestik.
MoU bagi sektor formal dimeterai kedua negara pada 10 Mei 2004 manakala bagi sektor pekerja domestik pula pada 1 April 2022.
Setakat 30 Nov 2022 terdapat seramai 376,256 pekerja warga Indonesia di Malaysia.
KSM memaklumkan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan platform Mesyuarat Jawatankuasa Kerja untuk membincangkan isu mengenai pembantu domestik Indonesia (PDI) secara berkala dengan mesyuarat akan datang dijangka diadakan di Indonesia Februari depan.
"Malaysia komited untuk melaksanakan Sistem Satu Saluran (OCS) sebagai platform tunggal bagi kemasukan pekerja domestik Indonesia ke negara ini bagi mengelak kemasukan melalui saluran lain yang boleh menjurus kepada pekerja tersebut menjadi mangsa eksploitasi buruh," menurut KSM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (kiri) menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono di Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini. - Foto Facebook Kementerian Sumber Manusia
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.