awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka

Bernama
Bernama
19/10/2023
13:03 MYT
Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka
Usahasama baik ini amat penting bagi menjaga perairan sempadan negara daripada anasir penyeludupan. - JKDM
KUALA LUMPUR: Seramai 170 anggota kastam dari Malaysia dan Indonesia terlibat dalam operasi Rondaan Kastam Terkoordinasi Indonesia-Malaysia (Patkor Kastima) bagi membendung kegiatan penyeludupan di perairan Selat Melaka, bermula semalam sehingga 9 November ini.
Menerusi kenyataan bersama kastam Indonesia-Malaysia hari ini memaklumkan operasi itu dipecahkan kepada lima sektor rondaan bermula di Kuala Perlis-Pulau Pinang hingga ke Pontian-Sungai Pulai bagi 70 pegawai kastam dari Malaysia dan 100 pegawai dari Indonesia akan melaksana operasi dari Acheh hingga Batam.
Operasi itu dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin bersama rakan sejawatnya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais (DJBC) Indonesia, Askolani di perairan perbatasan Indonesia-Malaysia antara Perairan Pulau Kukup, Malaysia dan Perairan Pulau Karimun Anak, Indonesia, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ribuan Abdullah, Timbalan Pengarah Kastam Johor Shaharudin Abd Majid dan Penasihat Kedutaan (Kastam) Kedutaan Besar Malaysia Jakarta Ahmad Talib.
"Dua negara membincangkan hala tuju operasi yang akan dilaksanakan dan usahasama baik ini amat penting bagi menjaga perairan sempadan negara daripada anasir penyeludupan. Penglibatan JKDM dan DJBC memberi impak lebih serius demi menjaga perairan negara dalam membanteras penyeludupan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Anis Rizana berkata modus operandi penyeludupan kini adalah persekitaran tanpa sempadan serta strategi dan pendekatan lebih efektif perlu dilaksanakan berlandaskan prinsip penyelesaian secara global melalui kerjasama kukuh dan komitmen antara negara terbabit.
"Ini bukan sahaja memerlukan tindakan dan operasi bersepadu yang dikoordinasi di antara pentadbiran kastam kedua-dua negara, malah satu aspek penting iaitu perkongsian maklumat dan jaringan komunikasi utuh perlu direncana dalam menangani kegiatan penyeludupan khususnya di perairan Selat Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#Malaysia-Indonesia
#penyeludupan
#Selat Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan