PUTRAJAYA : Malaysia dan Indonesia menandatangani empat perjanjian persefahaman (MoU) sempena lawatan kerja dua hari Presiden republik itu, Joko Widodo (Jokowi) ke negara ini, pada Khamis.
Pemeteraian empat perjanjian antara Putrajaya dan Indonesia itu meliputi aspek rentas sempadan, perdagangan sempadan, kerjasama promosi pelaburan dan pengiktirafan bersama pensijilan halal bagi produk domestik.
Kesemua perjanjian itu dimeterai wakil kedua-dua negara di Kompleks Seri Perdana, di sini.
Keempat-empat MoU itu ialah:
1) Menteri Dalam Negeri Indonesia, Muhammad Tito Karnavian dan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Perjanjian Rentas Sempadan).
2) Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (Perdagangan Sempadan).
3) Menteri Pelaburan Indonesia, Airlangga Hartarto dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (Kerjasama Promosi Pelaburan).
4) Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal bagi Indonesia, Muhammad Aqil Irham dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff (Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal bagi Produk Domestik).
Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Umavathi Ramayah
Thu Jun 08 2023
Malaysia dan Indonesia menandatangani empat perjanjian persefahaman (MoU) sempena lawatan kerja dua hari Presiden republik itu, Joko Widodo (Jokowi) ke negara ini, pada Khamis.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Triti Laut Sulawesi tidak melibatkan Ambalat - Mohamad Alamin
Mohamad menegaskan kerajaan Persekutuan amat mengambil berat dan sentiasa berhati-hati mengenai soal triti yang melibatkan soal persempadanan maritim kedua-dua negara.
Malaysia - Indonesia meterai empat MoU
Empat MoU itu meliputi aspek rentas sempadan, perdagangan sempadan, kerjasama promosi pelaburan dan pengiktirafan bersama pensijilan halal bagi produk domestik.
Ramadan: Malaysia dan Indonesia negara tempoh puasa seharian paling pendek
Malaysia dan Indonesia adalah beberapa negara yang menjalani tempoh puasa harian terpendek, manakala Iceland memegang rekod tahun ini untuk puasa harian paling lama.
Media Malaysia-Indonesia melalui ISWAMI perhebat sinergi untuk era pasca COVID-19
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia kini memainkan peranan membantu kerajaan menerusi media kedua-dua negara dalam menggerakkan kembali sektor-sektor sosio-ekonomi yang terjejas.
Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual
Tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman web bookmyshow.