TAWAU: Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini yang dilaksanakan sekitar Tawau dan Kalabakan.
Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia Brig Jen Hashim Osman berkata eksesais bilateral selama sembilan hari itu dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan Malaysia dan Indonesia dalam latihan secara gabungan untuk konteks peperangan konvensional di fasa ofensif.
"Selain meningkatkan persefahaman serta hubungan baik kerjasama, latihan bilateral seumpama akan dapat meningkatkan tahap kompetensi pegawai dan anggota dari segi taktik dan prosedur membabitkan aspek teknikal," katanya berucap pada pembukaan Eksesais Kekar Malindo siri 46AB/2023 di Kem Kukusan di sini.
Katanya konsep eksesais adalah latihan silang serta latihan medan, justeru pasukan pasukan bantuan tempur Formasi 5 Divisyen seperti armor, jurutera dan artileri medan selain elemen-elemen bantuan khidmat di bawah naungan Briged ke-13 Infantri Malaysia juga terlibat bagi merealisasikan keupayaan tempur semasa.
Hashim berkata konsep 'learn and relearn' perlu sentiasa diadaptasi serta diaplikasi dalam setiap latihan yang dilaksanakan, dan eksesais secara gabungan seumpama itu merupakan medium terbaik mengenal pasti kelemahan atur gerak meningkatkan kesefahaman taktikal kedua-dua negara.
Sementara itu, Komandan Batalion Infantri 613 Raja Alam, Tarakan, Indonesia, Let Kol Danan Wisnubrata berkata eksesais itu mewujudkan hubungan bilateral yang dilandasi rasa saling percaya dan hormat selain meningkatkan ilmu ketenteran antara perajurit dua negara.
Briged ke-13 Infantri Malaysia dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan eksesais itu diadakan hingga 1 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia, Brig Jen Hashim Osman berucap pada Pembukaan Eksesais Kakar Malindo siri 46AB/2023 di Kem Kukusan Tawau hari ini. - Foto Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia, Indonesia mulakan Eksesais Kekar Malindo di Tawau, Kalabakan
Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini.