KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Selasa sebagai usaha untuk menyuntik nafas baharu terhadap kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto ketika Mesyuarat Ke-42 General Border Committee (GBC) Malaysia-Indonesia di Kuala Lumpur pada Selasa.
Hishammuddin dalam satu kenyataan berkata, MoU tersebut akan membolehkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia diperluaskan merangkumi lima skop utama.
BACA: Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan-rakan ASEAN
Skop tersebut ialah perkongsian maklumat mengenai isu-isu pertahanan dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan, pendidikan dan latihan ketenteraan.
Tambah Hishammuddin, memorandum itu juga membolehkan kerjasama kedua-dua negara diperluaskan dengan adanya dialog dan rundingan dua hala mengenai isu pertahanan strategik dan ketenteraan berdasarkan kepentingan bersama.
Katanya lagi, MoU tersebut turut merangkumi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi pertahanan serta industri pertahanan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
BACA: ATM pertingkat keberadaan aset, anggota di Sarawak - Hishammuddin
“Bagi memastikan kesepakatan yang dimeterai dalam MoU ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin, saya dan TYT Prabowo akan terus memantau bersama.
“Bahkan kami juga telah mengarahkan supaya kepimpinan tertinggi Kementerian serta Angkatan Tentera di Malaysia dan Indonesia mempertingkatkan komunikasi serta pertemuan dengan rakan sejawat masing-masing,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurut Hishammuddin, kedua-dua menteri juga bersetuju mempercepatkan penugasan ATM dan TNI di Pos Gabungan Bersama (GABMA) yang sedia ada dan baharu melibatkan tujuh pos di Malaysia dan tujuh pos di Indonesia.
“Kami juga sepakat untuk mengaktifkan semula patrol terkoordinasi Darat, Laut dan Udara yang telah tertangguh disebabkan COVID-19 sebagai langkah memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi keselamatan kedua-dua negara.
“Kedua-dua negara juga sepakat mewujudkan kerjasama keselamatan siber di bawah GBC MALINDO, bertujuan membina jalinan hubungan kerjasama antara agensi siber Malaysia dan Indonesia.
“Ia juga adalah untuk meneroka inisiatif baharu dalam usaha untuk memelihara keselamatan data siber kedua-dua negara,” ujarnya.
Selain itu, Hishammuddin berkata, beliau dan Prabowo juga bersetuju Latihan Gabungan Bersama Malaysia - Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) akan dilaksanakan semula pada tahun 2023 dengan berfokus kepada anti keganasan.
Tambahnya, Malaysia dan Indonesia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan kerjasama pertahanan semasa dan perlu meneroka lebih banyak kerjasama dalam masa terdekat dan masa hadapan.
Ridauddin Daud
Tue Aug 09 2022
Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Selasa sebagai usaha untuk menyuntik nafas baharu terhadap kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. - Foto MINDEF
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.