JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersepakat untuk meningkatkan jalinan kerjasama berkaitan keselamatan siber dan perkongsian bertaraf antarabangsa di bidang telekomunikasi, agar manfaatnya dapat diperoleh bersama.
Pemimpin dan agensi terlibat dari kedua-dua negara, akan mengukuhkan pengurusan keselamatan siber dan merangka perhubungan yang lebih rapat di forum-forum antarabangsa, termasuk di Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata keselamatan negara perlu diberikan keutamaan di tengah kepesatan perkembangan teknologi serta pelbagai alasan, seperti kepentingan komersil dan hak kebebasan bersuara.
"Ada perkara yang kita perakui, tetapi soal keselamatan dalam negara menjadi perkara yang mesti diberi keutamaan," katanya dalam sidang media bersama rakan sejawat Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia Johnny Gerard Plate.
Mengenai ITU, Annuar berkata kedua negara, yang berhasrat membida kerusi dalam Majlis ITU untuk Wilayah E - Asia dan Australasia, akan saling menyokong di persidangan pada akhir September ini.
ITU adalah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk teknologi maklumat dan komunikasi yang ditubuhkan pada tahun 1865 dan bertanggungjawab memudahkan sambungan antarabangsa dalam rangkaian komunikasi.
Turut dibahas adalah komitmen dan kesungguhan politik dalam penguatan kerangka kerja perundangan keselamatan siber, isu telekomunikasi dan perkhidmatan over-the-top (OTT).
Perkara lain termasuk infrastruktur telekomunikasi, teknologi satelit, dan naratif dalam talian, yang boleh mengeruhkan hubungan dua hala.
"Harapan saya antara Malaysia dan Indonesia banyak perkara yang boleh dilakukan secara bersama dan seterusnya kita memberikan juga permuafakatan yang lebih besar di peringkat ASEAN," kata Annuar.
Ini merupakan pertemuan kali ketiga beliau dan Johnny dalam tempoh enam bulan, dengan pertemuan kali terakhir di Singapura.
Beliau diiring Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Adlan Mohd Shaffieq dan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh serta delegasi, sempena lawatan kerja tiga hari berakhir esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Annuar Musa ketika bergambar pada sesi perbincangan bersama Badan Aksesibilitas Telekomunikasi dan Informasi (BAKTI) Indonesia sempena lawatan kerja tiga hari beliau di Jakarta. - Bernama

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.

Cyber999 rekod 3,837 insiden keselamatan siber tahun ini - Teo Nie Ching
Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.

AS sokong ASEAN tamatkan 'keganasan mengerikan' di Myanmar - Kamala Harris
Amerika Syarikat berjanji menyokong ASEAN dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, di saat junta tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa 2021.

Harmoni bersama AI hanya boleh dicapai melalui 'kekebalan siber' - Kaspersky
Hari Cybersecurity ke-9 syarikat keselamatan siber global Kaspersky bincang bagaimana kecerdasan buatan, atau AI akan mengganggu kestabilan dunia, dan bagaimana untuk hidup harmoni bersama AI?

Singapura-Malaysia perlu tingkat kelestarian, tangani perubahan iklim dan ekonomi digital
Malaysia dan Singapura harus bekerjasama dalam bidang baharu seperti kemampanan, perubahan iklim dan ekonomi digital, melangkaui bidang kerjasama sedia ada.

Malaysia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara untuk serangan malware pada 2022
Rantau Asia Tenggara menyaksikan sejumlah 207,506 serangan perisian hasad mudah alih berjaya dihalang oleh penyelesaian Kaspersky.

Masa untuk menjadikan Malaysia sebagai 'Davos dunia blockchain'
World Blocktech Forum 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 sehingga 16 Ogos ini

Keselamatan siber sering diabai, tidak diberi perhatian sewajarnya - PM Anwar
Keselamatan Siber sering diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang memadai walaupun semasa Malaysia gigih mengharungi transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peningkatan ancaman keselamatan siber cetus kebimbangan - PM Anwar
Evolusi pesat transformasi digital telah meningkatkan risiko siber dan meluaskan lagi impaknya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kabinet bincang, muktamad dasar pelarasan ekosistem keselamatan siber pada 19 Julai
Beliau berkata langkah itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen tegas kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan siber.

Keselamatan siber mainkan peranan penting dalam industri kurier - Fahmi
Keselamatan siber memainkan peranan penting dalam industri kurier berikutan peningkatan kebergantungan kepada sistem digital.