awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malaysia jadi negara paling pelik dalam dunia, kelam-kabut sekarang ini' - Mat Sabu

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2021
06:33 MYT
'Malaysia jadi negara paling pelik dalam dunia, kelam-kabut sekarang ini'  - Mat Sabu
Mohamad Sabu mendakwa, ini kerana undang-undang berubah mengikut nafsu pemerintah dan bukannya mengikut peraturan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan Malaysia kini menjadi negara yang pelik dalam dunia.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mendakwa, ini kerana undang-undang berubah mengikut nafsu pemerintah dan bukannya mengikut peraturan.
“Yang Berhormat Kulim-Bandar Bharu, perkara-perkara pelik berlaku di Malaysia mutakhir ini.
“Peliknya dahulu ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen, peliknya semasa darurat jangkitan COVID-19 paling tinggi sampai 24,000, mati beratus satu hari dan kemuncak cecah 300 satu hari,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) bagi mengungkaikan tujuh ordinan darurat.
Mohamad yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menambah, apa yang lebih pelik adalah mengenai pilihan raya di Melaka.
Ahli Parlimen Kota Raja, @MSabu_Official sifatkan Malaysia jadi sebuah negara 'pelik'. Beliau dakwa undang-undang berubah mengikut nafsu pemerintah. #AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/lVKhpanJg8
— Astro AWANI (@501Awani) October 25, 2021
“Melaka di Fasa Empat (Pelan Pemulihan Negara). Restoran penuh, mall penuh, kenduri kahwin boleh buat dan kuliah boleh buat.
“(Tetapi) ceramah tak boleh, berkempen tak boleh, (pergi) ke rumah-rumah tak boleh,” jelasnya.
Mengulas isu sama, Saifuddin pula mendakwa negara ini telah dipaksa untuk mengadakan pilihan raya di Melaka.
“Kita dipaksa untuk mengadakan pilihan raya. Yang kita tidak minta pun tetapi akan diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.
“Speaker, kita cuma bawa kertas pencalonan. Calon datang (bersama) pencadang dan penyokong kemudian kalau negatif masuk, kalau positif duduk di khemah, kemudian balik duduk rumah.
“Sebab tidak boleh berjalan. Walkabout tak boleh, ceramah kelompok tak boleh dan ceramah umum tak boleh,” katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: ‘Malaysia jadi negara paling pelik dalam dunia’
Topic Berkaitan
#Mat Sabu
#negara pelik
#Parlimen
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan