awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam bidang telekomunikasi

Bernama
Bernama
05/11/2023
10:00 MYT
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam bidang telekomunikasi
Anwar dan Kishida menyaksikan pertukaran MOC antara KKD, yang diwakili Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Fauzi Md Isa, dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, yang diwakili Timbalan Menterinya Hiroshi Yoshida. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia dan Jepun mengorak langkah memperkukuh kerjasama dalam bidang penyiaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pos dan kurier melalui permeteraian memorandum kerjasama (MOC) di antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun hari ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata MOC itu, yang merupakan lanjutan mesyuarat dua hala pada Februari lepas sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN di Filipina, akan mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua kementerian selain pertukaran pengetahuan dalam bidang penyiaran, ICT serta pos dan kurier.
"Saya lihat MOC ini adalah satu langkah kanan dalam meningkatkan hubungan kedua-dua negara khususnya antara dua kementerian terbabit dalam beberapa aspek termasuk isu seperti keselamatan siber, rangkaian 5G dan ekonomi digital," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pertukaran MOC itu di Seri Perdana hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida menyaksikan pertukaran MOC itu antara KKD, yang diwakili Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Fauzi Md Isa, dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, yang diwakili Timbalan Menterinya Hiroshi Yoshida.
Kishida dan delegasinya sedang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula Sabtu.
Fahmi juga berkata siri perbincangan lebih lengkap serta menyeluruh akan diadakan sebelum sidang khas sempena 50 tahun hubungan ASEAN dan Jepun berlangsung di Tokyo pada Disember ini.
Beliau berkata menerusi MOC itu, Malaysia ingin mempelajari beberapa perkara yang telah dilaksana dan diusahakan di Jepun seperti penggunaan internet satelit sebagai backhaul untuk telekomunikasi di beberapa lokasi di negara itu.
"Di Malaysia, kita di peringkat pembuktian konsep tapi di Jepun, ia telah dilaksanakan pada skala yang sangat besar.
"Jadi, kita ingin lihat kesesuaian menggunakan teknologi seperti itu di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Jepun
#Fumio Kishida
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#kerjasama telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan