awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal berpendirian Laut China Selatan sebagai zon aman - Saifuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/06/2022
09:31 MYT
Malaysia kekal berpendirian Laut China Selatan sebagai zon aman - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Abdullah berjabat tangan dengan Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong selepas mengadakan sidang media bersama di Wisma Putra, Putrajaya pada Selasa. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia mengulangi pendirian untuk mengekalkan Laut China Selatan dan rantau sebagai zon aman, perdagangan dan kemakmuran.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia sangat menghargai keamanan dan keselamatan serantau di rantau Asean.
"Kami mahu mengekalkan Laut China Selatan khususnya dan sebagai wilayah keseluruhannya yang aman, perdagangan dan kemakmuran.
"Kami (Malaysia dan Australia) telah mengadakan perbincangan yang sangat jelas sebentar tadi dan saya berterima kasih kepada Menteri Luar (Senator Penny Wong) kerana menjelaskan pendirian kerajaan Australia, dan pendirian Malaysia kekal sama," katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong, di sini pada Selasa.
Senator Penny tiba di Malaysia bagi mengadakan lawatan kerja tiga hari mulai hari ini dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Australia sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif (CSP).
Sebelum ini, negara-negara Asean termasuk Malaysia dan China sedang merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan sebagai satu kaedah mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan tanpa melibatkan kuasa luar dari lautan ini.
Sementara itu, Saifuddin menambah, dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya itu, tiga fokus utama telah dibincangkan melibatkan agenda kemakmuran ekonomi; masyarakat dan teknologi serta kerjasama dan keselamatan serantau.
"Dalam agenda ekonomi, saya menekankan kedudukan semasa Malaysia untuk memberi tumpuan kepada ekonomi digital manakala, menerusi agenda masyarakat dan teknologi, Malaysia menekankan kepentingan hubungan manusia dengan manusia. Sebagai contoh, bilangan pelajar Malaysia di negara tertentu seperti di Australia kini sudah mencecah 12,000 orang.
"Mengenai kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau selain meneruskan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara, saya juga menekankan kepentingan keselamatan siber," ujar Saifuddin lagi.
Topic Berkaitan
#Isu Laut China Selatan
#Saifuddin Abdullah
#Senator Penny Wong
#kerjasama Malaysia Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan