Malaysia kekurangan pakar neurologi kanak-kanak bagi memberi khidmat kepakaran kepada 9.4 juta penduduk berusia bawah 18 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata ketika ini, negara hanya mempunyai 22 pakar tersebut berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan dan hanya sembilan daripada mereka berkhidmat dengan hospital kerajaan.
"Jumlah kecil ini sangat tidak mencukupi dan begitu juga terdapat hanya sembilan pakar pediatrik perkembangan di negara ini. Saya harap kongres ini dapat menggalakkan pakar pediatrik muda untuk menyahut cabaran dalam bidang ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan perasmian Kongres Neurologi Kanak-Kanak Asia dan Oceania (AOCCN 2019) ke-15, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata kemajuan dalam bidang neurologi kanak-kanak dan bidang berkaitan telah mengubah kehidupan ramai kanak-kanak kecil yang menghidap pelbagai masalah neurologi.
"Kemajuan dalam bidang ini juga membantu kanak-kanak mengatasi cabaran kehidupan sambil membantu mereka mencapai potensi terbaik masing-masing pada masa depan," katanya.
Persidangan empat hari itu menghimpunkan penceramah serantau dan antarabangsa dalam membincangkan pelbagai topik saintifik, klinikal dan amalan berkaitan neurologi kanak-kanak di rantau ini.
Hadir sama Presiden Kongres AOCCN 2019, Dr Khoo Teik Beng dan Presiden Persatuan Neurologi Kanak-Kanak Asia dan Oceania, Prof Dr Ching-Shiang Chi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019

DR DZULKEFLY: Jumlah kecil ini sangat tidak mencukupi dan begitu juga terdapat hanya sembilan pakar pediatrik perkembangan di negara ini.

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Politik UMNO | Beri alasan yang kukuh sebelum putuskan kerjasama
Aizat Azam yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berpendapat, walaupun usaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu ada asasnya, tetapi ia tidak boleh dibuat tanpa alasan yang kukuh. Jelasnya lagi, persepsi terhadap Umno ketika ini agak negatif, apatah lagi selepas ia dilihat cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dan dianggap gila kuasa.

Kanak-kanak leukimia | Impian naiki kenderaan polis tercapai
Impian seroang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia tahap empat untuk menaiki kenderaan polis akhirnya tercapai.

Politik | Perpecahan dalam UMNO berlaku sebelum PRN Sabah
Perbezaan pendapat dalam usaha persiapan UMNO menghadapi pilihan raya umum dilihat antara faktor utama yang menyebabkan perpecahan dalam parti Melayu terbesar itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, titik-titik perbezaan pendapat semakin ketara sewaktu berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah pada November tahun lepas.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri [INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/23023825271611332239891/1886850_8967789641611332281403_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri

COVID-19 | Larikan jenazah bapa, 4 beradik direman
Empat beradik direman selama tiga hari selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka di Hospital Lahad Datu apabila enggan membenarkan hospital menjalan SOP COVID-19 terhadap bapa mereka.

COVID-19 | Pesakit COVID-19 dipercayai bunuh diri
Tertekan akibat positif COVID-19 dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi di hospital swasta, seorang lelaki dipercayai membunuh diri di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

10 Berita Pilihan - (22 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

Gugurnya wira negara, doktor rawat pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat kepenatan
Seorang doktor yang merupakan salah seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia pada Isnin.

COVID-19: Doktor di Mexico dikejar ke hospital selepas disuntik vaksin
Memetik laporan agensi berita Reuters, doktor tersebut mengalami sawan, kesukaran bernafas dan ruam pada kulit.

Cuepacs gesa KKM selesai isu buli, elak jadi 'barah'
Perkara yang didedahkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) itu melibatkan golongan muda yang berusia 26 hingga 35 tahun.

COVID-19: Doktor Malaysia di UK syukur disenarai kumpulan pertama terima vaksin
Dr Azhan berkata, perkara itu penting memandangkan beliau merupakan petugas barisan hadapan yang berdepan dengan risiko jangkitan virus itu.

Sindiket jual sijil cuti sakit palsu dibongkar, lima warga tempatan ditahan
Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket menjual sijil cuti sakit dipercayai palsu selepas tertangkapnya lima individu dalam serbuan berasingan di Gombak dan Sungai Buloh pada Sabtu lalu.

Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.

Polis siasat doktor rawat Maradona atas dakwaan salah laku perubatan
Ini susulan siasatan berhubung salah laku perubatan hingga menyebabkan kematian legenda bola sepak berusia 60 tahun itu.

Walau tidak capai tahap negara maju, Wawasan 2020 tidak gagal sepenuhnya - Tun M
Dr Mahathir akui sejak diperkenalkan pada 1991, banyak pembangunan dicapai hasil wawasan itu namun tidak mencapai tahap sebuah negara maju.

KKM rancang bina kuarters tambahan di Klinik Kesihatan Sungai Asap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membina kuarters kediaman tambahan untuk petugas Klinik Kesihatan Sungai Asap, Belaga.

Wujud lebih banyak jawatan tetap untuk doktor junior, kata Presiden MMA
Untuk mengikuti program latihan kepakaran Parallel Pathway, pegawai perubatan akan memerlukan tempoh lanjutan selama 10 tahun.