Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Januari 2026.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak meneruskan amalan kartel yang menekan rakyat melalui kenaikan harga melampau dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, kesihatan dan pembinaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan bernilai hampir RM300 juta yang dikaitkan dengan seorang individu bergelar Tan Sri.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang merangka model undang-undang bagi mengatasi ketidakseragaman perundangan peringkat negeri yang memberi kesan kepada masyarakat Islam.
Kekurangan anggota, beban kerja tinggi serta ketiadaan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam dikenal pasti sebagai antara faktor yang boleh menyumbang kepada ruang berlakunya ketirisan di pintu masuk negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal laporan media mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan projek pembaikan cerun berskala besar yang sedang dijalankan di sekitar Taman Sering Ukay, Hulu Kelang.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan.
DAP cawangan Wangsa Permai Kepong yang memiliki ahli Melayu paling ramai bersedia untuk menggempur UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, kata ketuanya, Muhammad Najmi Samsudin.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seni bela diri silat terus diperkasa dan tidak dilupakan khususnya dalam kalangan orang Melayu seiring dengan kemajuan teknologi serta digital yang memacu pembangunan pesat negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


