awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kemuka resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru di Geneva

Bernama
Bernama
04/05/2025
08:30 MYT
Malaysia kemuka resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru di Geneva
Dr Dzulkefly menyatakan bahawa keterlibatan dengan negara-negara besar ini menunjukkan sokongan terhadap hala tuju Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia akan mengemukakan resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru ke peringkat global melalui Perhimpunan Kesihatan Kebangsaan ke-78 di Geneva, Switzerland pada bulan ini.

Ringkasan AI
  • Malaysia akan mengemukakan resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru ke peringkat global melalui Perhimpunan Kesihatan Kebangsaan ke-78 di Geneva, Switzerland pada bulan ini.
  • Malaysia telah mendapat sokongan daripada 14 negara, termasuk Rusia dan China, untuk resolusi ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa keterlibatan dengan negara-negara besar ini menunjukkan sokongan terhadap hala tuju Malaysia.
  • Inisiatif ini bertujuan memperkukuh aktiviti pencegahan, saringan, rawatan, dan kawalan penyakit paru-paru. Usaha termasuk kempen kesedaran awam mengenai bahaya merokok dan asap rokok terpakai serta program saringan yang dipertingkatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia kini mendapat sokongan daripada 14 negara, antaranya Rusia dan China.
"Kita membuat keterlibatan dengan mereka dan negara sebesar Rusia dan China juga bersama kami dalam resolusi itu. Apabila mereka lihat pada hala tuju kami ... mereka terpanggil untuk bersama Malaysia," katanya pada sesi taklimat media berhubung Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030 di sini hari ini.
Malaysia memperkenalkan inisiatif berkenaan untuk memperkukuh aktiviti berkaitan pencegahan, saringan, rawatan dan kawalan penyakit berkaitan paru-paru.
Antara usaha di bawah inisiaitif itu ialah kempen kesedaran awam yang meluas mengenai bahaya merokok dan asap rokok terpakai serta program saringan yang dipertingkatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (Al).
Beliau berharap resolusi dikemuka oleh Malaysia itu akan mendapat sokongan meluas pada WHA kali ini yang akan diadakan bermula 19 hingga 27 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Geneva
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Inisiatif Kesihatan Paru-Paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami