awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/05/2021
05:55 MYT
Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India
Kes dikesan melalui kemasukan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di KLIA. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 yang dikesan hasil saringan di pintu masuk utama negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu.
Katanya, kes direkod melalui kemasukan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Berdasarkan laporan WGS, beberapa penemuan direkodkan membabitkan 59 genom dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi tempoh dari 24 April hingga 1 Mei (semalam)
"Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu 27 varian Afrika Selatan B.1.351 dan tiga varian United Kingdom, UK B.117, malah kita menemui varian mempunyai kepentingan (VOI), iaitu varian dari India, B.1.617.
"Malangnya, laporan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ini mengesahkan kes pertama VOC B.1.351 di Perak dan Kelantan, membabitkan kewujudan kluster dengan 10 kes positif di setiap negeri terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Varian mutasi berganda, B.1.617.1 mula ditemui di India pada 27 April lalu dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata menerusi aktiviti pengesanan juga, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tambahan tujuh kes varian B.1.351 dan dua varian UK B.1.1.7 di Selangor.
Jelas beliau lagi, satu lagi kes varian UK B.1.1.7 turut direkodkan di Sandakan, Sabah melibatkan bukan warganegara.
"Malah ini kes pertama varian dari UK dalam kalangan individu tanpa sejarah perjalanan ke luar negara dan berkemungkinan ia penularan tempatan.
"Setakat ini, 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351 direkodkan, UK B.1.1.7 (lapan kes), India B.1.617 (satu kes) dan varian Nigeria B. 1.525 (dua kes).
"IMR turut mengesan satu kes nasabah C (C.36) daripada seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir," katanya.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#ujian saringan
#United Kingdom
#kes positif
#COVID-19
#KLIA
#Mutasi B 1 617 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan