awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/01/2021
05:30 MYT
Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat
Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN.
KUALA LUMPUR:Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN, menerusi inisiatif di bawah Kerangka Tadbir Urus Data Digital ASEAN.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kerangka kerja tersebut, Malaysia juga akan terus menyokong Forum Perlindungan Data dan Privasi ASEAN dan perkembangan Klausa Kontrak Model ASEAN.
“Malaysia memberi komitmen untuk mempromosikan pengembangan program pensijilan keselamatan siber profesional untuk ASEAN dalam membantu mewujudkan keselamatan siber bertaraf dunia.
"Cybersecurity Malaysia (CSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menubuhkan skim pensijilan profesional keselamatan siber tempatan yang dikenali sebagai Global ACE (Global Accreditation Cybersecurity Education Scheme) yang ingin ditawarkan Malaysia kepada negara-negara anggota ASEAN," katanya ketika berucap pada di ASEAN Digital Ministers Meeting secara maya hari ini.
Namun, kata Saifuddin, masih banyak yang harus dilakukan dalam usaha menjadi blok ekonomi digital yang kompetitif dan bersepadu terutama dalam situasi semasa.
Beliau juga memuji pencapaian ASEAN dalam bidang digital sejak 10 tahun lalu sebagai bukti pembangunan rantau ini, dipandu oleh Pelan Induk ICT ASEAN 2015 (AIM2015) dan Pelan Induk ICT ASEAN 2020 (AIM2020).
Tambahnya, biarpun negara-negara ASEAN masih mencari landasan yang sesuai dalam memulihkan ekonomi dan transisi ke norma baharu, Pelan Induk Digital 2025 ASEAN (ADM2025) akan mendorong rantau ini melalui perkembangan digital terutama untuk lima tahun akan datang.
BACA: Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#ASEAN
#ekonomi
#data
#keselamatan siber
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan