KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata Malaysia perlu bekerja dalam kerangka Asean untuk berhasil dalam usaha menangani perubahan iklim, dan Asean yang mampan adalah penting ke arah mencapai Abad Asia.
Abad Asia merujuk kepada pengaruh atau kuasa besar yang dijangka dilaksanakan negara-negara Asia pada abad ke-21 susulan ekonominya berkembang pesat dan demografi belia.
"Semangat Asean yang luar biasa yang memastikan keamanan dan kemakmuran di kebanyakan wilayah sehingga kini mesti beralih ke arah menangani cabaran paling kewujudan pada masa depan, iaitu perubahan iklim dan usaha untuk peralihan tenaga yang adil," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak AtoZero Asean di sini, pada Rabu.
Sidang kemuncak itu ialah acara kemuncak Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 -- mengetengahkan kalangan pembuat keputusan utama yang meneroka kaedah, dasar dan peluang perniagaan untuk memacu agenda peralihan kepada pelepasan karbon sifar bersih global.
Nik Nazmi berkata menjelang 2040, Pusat Tenaga Asean menganggarkan pelepasan karbon dioksida boleh meningkat sebanyak 147 peratus berbanding paras pada 2017.
"Sememangnya, Asean sebagai sebuah rantau boleh kehilangan 37.4 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) semasa pada 2048 jika mitigasi perubahan iklim tidak dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata itulah yang menjadikan Asean antara yang paling rentan di rantau Asia kepada perubahan iklim.
Beliau berkata untuk mencapai matlamat neutral karbon, Asean mesti merapatkan jurang karbon dioksida 2.6 gigaton.
Berdasarkan analisis oleh Boston Consulting Group, mencapai keneutralan karbon boleh menghasilkan nilai tambah KDNK sebanyak US$3.0 hingga US$5.3 trilion menjelang 2050, menarik pelaburan hijau sehingga US$6.7 trilion di samping menjana lebih 60 juta pekerjaan tambahan.
Mengenai usaha Malaysia, beliau berkata kerajaan melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk merangka secara menyeluruh trajektori negara ke arah masa depan yang lebih cerah, bersih dan berdaya tahan.
Kejayaan pelaksanaan NETR akan melonjakkan nilai KDNK Malaysia daripada RM25 bilion pada 2023 kepada RM220 bilion dan menjana 310,000 pekerjaan pada 2050.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Nik Nazmi berkata untuk mencapai matlamat neutral karbon, Asean mesti merapatkan jurang karbon dioksida 2.6 gigaton. - Gambar fail/Bernama
COP28: Public-Private partnership for healthcare climate action
Astro AWANI Editor, Dzulfitri Yusop, recently interviewed Shyam Bishen, the Head of Centre for Health and Healthcare at the World Economic Forum, to discuss the Public-Private Partnership for Healthcare Climate Action in conjunction with COP28. The discussion highlights the need for a collaborative approach to tackle the issue and emphasizes the role of the healthcare sector in mitigating the effects of climate change.

Aktiviti pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) susut 0.84 mata kepada 1,455.54 daripada penutupan Jumaat 1,456.38.
HIES 2022: Apa makna kepada rakyat, negara?
Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid membincangkan pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia pada 2022 (1.9%) dan peningkatan kemiskinan mutlak (6.2%) dengan menyentuh berkaitan projek rintis gaji progresif, menekankan kebolehpercayaan majikan dan kesaksamaan dalam kenaikan gaji berdasarkan produktiviti, dengan penekanan pada kajian impak sebelum menjadikannya mandatori.
Jumlah kemasukan pelancong seramai 26 juta setakat November - MOTAC
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah pelancong diharap akan meningkat sebelum hujung tahun menerusi pengumuman visa berkecuali dari India dan China.

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.
EdgePoint Infrastructure: Bridging ASEAN's Digital Divide
Explore EdgePoint's role in ASEAN telecommunications and their white paper tackling digital equity challenges in Malaysia, Indonesia, and the Philippines with Muniff Kamaruddin, CEO, EdgePoint Towers.
Dagangan Bursa Malaysia dijangka tinggi minggu ini dengan beberapa penjajaran semula portfolio
Bursa Malaysia dijangka mengalami penyesuaian portfolio dan kemas kini akaun minggu ini, berpotensi memberi impak kepada indeks penanda aras. Justeru, analisis teknikal menunjukkan lantunan dalam indeks penanda aras, dengan potensi trend menaik jika FBM KLCI melepasi garisan rintangan 1,465.

Malaysia dipilih sebagai negara hos sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 - MOTAC
Malaysia telah dipilih sebagai negara hos bagi penganjuran program sambutan World Tourism Day (WTD) 2025 di peringkat global bertemakan Tourism and Sustainable Transformation.
Data & Statistik: Prestasi semasa FTSE Bursa Malaysia KLCI – 4 Disember 2023
Jiwa SME: Automasi merancakkan perniagaan tembusi pasaran luar negara
Bertam Best, kopi pra campuran, diasaskan 17 tahun lalu dan kini diterajui oleh Mohd Zaki Zakaria. Produk ini kini berjaya menembusi pasaran global termasuk Singapura, Brunei, dan Lubnan, dan merancang untuk memasuki Indonesia, Filipina, dan pasaran Asia Barat.

Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.