awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited lindungi kanak-kanak - PM

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2021
08:55 MYT
Malaysia komited lindungi kanak-kanak - PM
Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan sebanyak 2,162 kes membabitkan jenayah kanak-kanak masih lagi aktif dan sedang dibicarakan di mahkamah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,721 kes keganasan seksual melibatkan kanak-kanak direkodkan di Malaysia dari Jun 2020 hingga Ogos lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara secara keseluruhan pula katanya sebanyak 2,162 kes membabitkan jenayah kanak-kanak masih lagi aktif dan sedang dibicarakan di mahkamah.
Justeru katanya, Malaysia sentiasa komited mengambil langkah efektif dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak terutamanya yang melibatkan golongan rentan, mangsa keganasan seksual dan keganasan rumah tangga.
"Selari dengan konsep Keluarga Malaysia dan pelantikan Malaysia untuk menduduki kerusi di Human Rights Council, Malaysia kekal komited dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak daripada golongan rentan, mangsa keganasan seksual dan keganasan rumahtangga.
“Kanak-kanak amat berharga di hati saya kerana mereka merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada kita. Saya percaya, adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk memperingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati mereka.
“Kita sebenarnya perlu berusaha lebih untuk melindungi kanak-kanak kerana ada di antara mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat di masa akan datang. Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan dan membesar dalam suasana yang kondusif agar mereka mampu menjadi individu yang boleh mencapai potensi penuh dan mengejar impian mereka," katanya ketika berucap merasmikan Hari Kanak-kanak Sedunia di Parlimen di sini, pada Rabu.
[TERKINI] Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021
Ismail Sabri berkata perlindungan sama turut diberikan kepada kanak-kanak dalam tahanan, dan komitmen Malaysia dalam menangani isu itu dapat dilihat menerusi penubuhan program Alternative to Detention (ATD) apabila kerajaan berikrar sebagai ahli HRC.
Menurutnya sejak sekian lama, Malaysia kekal komited berhubung hal penahanan kanak-kanak di negara ini.
“Kepentingan terbaik mereka mesti diambil kira terutamanya apabila menangani keperluan kanak-kanak yang terdedah, termasuk kanak-kanak pelarian ataupun refugee. Ini adalah selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.
Beliau berkata dasar itu selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#gangguan seksual
#Kanak-kanak
#Hari Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan