Malaysia akan berkongsi pengalamannya dalam mengurangkan kesan daripada penularan COVID-19 dengan Jepun dan negara ASEAN lain di Persidangan Maya Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (VMRT) dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun esok.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat tersebut.
"Pada mesyuarat itu, Mohamed Azmin akan diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong akan berkongsi pengalaman kerajaan Malaysia dalam memerangi kesan sosio-ekonomi penularan COVID-19 dan melindungi rakyat Malaysia," kata MITI dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Mesyuarat itu dihoskan oleh Vietnam akan membincangkan pelan tindakan ASEAN-Jepun dalam menghadapi penularan COVID-19 berdasarkan "ASEAN-Japan Joint Statement on Initiatives on Economic Resilience Action in Response to COVID-19 Outbreak" (Kenyataan Bersama ASEAN-Jepun mengenai Inisiatif Tindakan Ketahanan Ekonomi dalam Menangani penularan COVID-19) yang dikeluarkan pada 22 April, 2020.
Mesyuarat itu akan membolehkan Malaysia melalui platform ASEAN untuk menjalin kerjasama dan perkongsian yang lebih erat dengan Jepun dan negara anggota ASEAN yang lain, secara bersinergi dan bersatu untuk memerangi COVID-19 dengan menunjukkan solidariti, visi dan kepimpinan yang kukuh antara ASEAN dan Menteri Ekonomi Jepun.
"Malaysia antara negara dianggap terbaik dalam menguruskan impak COVID-19 akan berkongsi pengalaman dan usahanya dalam mengekang penularan wabak itu dan untuk memberikan keseimbangan pada ekonomi Malaysia.
""Antaranya termasuklah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan oleh Malaysia telah menyaksikan pembukaan aktiviti ekonomi untuk memastikan ekonomi berdaya tahan dan pada masa yang sama melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Sebuah video serangan keatas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.