PUTRAJAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan siber, ekonomi digital dan pemindahan teknologi, di samping meningkatkan potensi kolaborasi antara pelbagai entiti di kedua-dua negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Setiausaha Perdagangan AS Gina Raimondo yang melakukan lawatan sehari ke Malaysia, hari ini.
Katanya dalam pertemuan di pejabat kementeriannya di sini, beliau telah berkongsi dengan Raimondo pelbagai maklumat mengenai inisiatif digital media Malaysia termasuk Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL), rancangan kerajaan untuk pelaksanaan 5G, serta kepentingan keselamatan siber.
"Perbincangan berjalan dengan baik, dan kita telah memberi penerangan mengenai program digital nasional dan blueprint yang dilancarkan awal tahun ini," katanya kepada media selepas pertemuan itu.
Annuar berkata beliau juga mengambil peluang untuk menerangkan kepada pemimpin Amerika Syarikat itu mengenai keutamaan kerajaan untuk menarik pelabur dari luar negara yang berkaitan dengan data centres, submarine cables dan juga aktiviti cloud computing.
"Ini adalah antara perkara yang kita beri tumpuan untuk era digital, yang kita rasakan dengan adanya kemudahan termasuk 5G, kita berupaya menarik satu pelaburan baharu yang berasaskan technology-driven dan aktiviti berkaitan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) serta teknologi maju," katanya.
Annuar berkata Amerika Syarikat turut memperkenalkan beberapa teknologi baharu termasuk sistem Open Radio Access Network (O-RAN) dan mengajak Malaysia untuk mengenali sistem yang lebih canggih itu, kerana pada masa ini Malaysia masih menggunakan sistem Multi-Operator Core Network (MOCN).
Beliau berkata perkara itu perlu diteliti dan dikaji Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Yang penting kita sama-sama bersetuju untuk membuat langkah susulan terhadap beberapa perkara spesifik yang berkaitan dengan keselamatan siber, kerjasama antara entiti milik Malaysia dan Amerika, berkaitan dengan keselamatan siber, dan juga kerjasama antara syarikat, dan pelaburan.
"Kita juga menggalakkan kehadiran syarikat-syarikat Amerika untuk datang dan melabur serta memindahkan teknologi ke sini," katanya.
Ini merupakan lawatan pertama Raimondo ke Asia untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kerajaan serta pemimpin perniagaan di Jepun, Singapura dan Malaysia, antara 15 dan 18 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Annuar berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Raimondo yang melakukan lawatan sehari ke Malaysia, hari ini. - Gambar/ Bernama
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.