PUTRAJAYA : Malaysia mengukuhkan lagi kerjasama dengan Thailand dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berharap dan menanti untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam bidang lain.
"Kami bekerjasama dengan Srettha untuk menjalinkan kerjasama seterusnya. Kementerian Luar juga akan membantu (Thailand) bagi memastikan kerjasama antara Asean serta hubungan dua hala dengan negara jiran kami diperkukuhkan,” katanya dalam ucapan alu-aluan di majlis berbuka puasa Madani bersama para duta, perwakilan asing, ketua organisasi antarabangsa serta pelajar dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Kajang di Kompleks Seri Perdana pada Khamis.
Thailand ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah dagangan sebanyak RM113.16 bilion (AS$24.83 bilion) dicatatkan pada 2023.
Anwar juga berkata, selain Thailand, Malaysia juga bekerjasama dengan Singapura dalam melengkapkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dengan perjanjian bersama antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini.
"Zon ini (JS-SEZ) akan memberi manfaat kepada selatan Malaysia dan juga Singapura,” katanya.
Pada 14 Mac, Kementerian Ekonomi mengumumkan Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian bersama itu semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada akhir tahun ini.
Mengulas lanjut mengenai kerjasama Malaysia dalam ASEAN, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia akan memperluas dan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang seperti peralihan tenaga, transformasi digital, kesihatan awam dan pendidikan.
"Kami gembira untuk meneruskan dasar ini dan pada masa sama kami melawat ASEAN dan saya telah melawat semua negara ini,” katanya.
Pada 2023, rakan dagang utama Malaysia ialah Asean, China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, mewakili 67.7 peratus bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia.
- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Anwar beramah mesra bersama para hadirin pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama Duta, Perwakilan Asing dan Ketua Pertubuhan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana. - Foto BERNAMA
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Dzulkefly belum lulus cadangan WBB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Waktu Bekerja Berlainan (WBB) merupakan usaha berterusan penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas-petugas KKM.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
Hamas hargai sokongan Malaysia sokong perjuangan Palestin
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain. Negara-negara itu termasuk Turki, Algeria, Indonesia, China dan Rusia.
Polis buru tahanan larikan diri di Tangkak
Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Pembinaan tembok sempadan di Sungai Golok masih dalam cadangan - Saifuddin Nasution
Pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, Kelantan masih dalam peringkat cadangan.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
IMT-GT JBC Malaysia alu-alukan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.
Pasukan Khas ditubuhkan sempena pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
Laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam dijangka mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam
Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.
ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air
Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos mereka dinaiki air.
Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.
Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Semua suspek itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.
Polis tubuh pasukan khas bawa pulang 3 suspek tembak anggota PGA dari Thailand
Datuk Huzir Mohamed, semua mereka termasuk seorang yang dikenal pasti sebagai ketua sindiket diperlukan bagi melengkapkan siasatan.