awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara

Bernama
Bernama
30/07/2017
10:19 MYT
Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara
Keingkaran Korea Utara untuk tidak menghentikan program nuklear peluru berpandu balistik menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa. - Gambar fail
Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Korea Utara pada Jumaat, pelancaran ICBM yang kedua dalam masa sebulan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata keingkaran Korea Utara untuk tidak menghentikan program nuklear peluru berpandu balistik menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Ia berkata tindakan itu terang-terang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang berkaitan dan obligasi Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).
"Justeru, Malaysia menggesa Korea Utara supaya menghentikan semua tindakan provokatif dan mematuhi resolusi UNSC yang berkaitan demi kepentingan keamanan serantau dan global serta keselamatan," kata kenyataan itu.
Kementerian Luar berkata Malaysia juga menggesa Korea Utara dan semua pihak berkaitan supaya bertenang dan menyambung dialog untuk meredakan ketegangan dan mencari penyelesaian yang aman terhadap situasi di Semenanjung Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#keselamatan
#Korea Utara
#Malaysia
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan