awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine

Bernama
Bernama
31/08/2017
01:51 MYT
Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine
Wisma Putra menggesa agar akses kemanusiaan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat pertempuran di utara Rakhine tersebut. - Gambar fail
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar di utara Rakhine di Myanmar pada 25 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia sangat bimbang dengan serangan itu dan perkembangan susulan yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan pemindahan penduduk.
"Kami menggesa kerajaan Myanmar agar menangani situasi itu secara adil dan saksama menurut prinsip-prinsip antarabangsa dan perlindungan hak asasi manusia yang turut terkandung dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN," katanya.
Kenyataan itu juga menggesa agar akses kemanusiaan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat pertempuran tersebut.
Dalam kenyataan sama, Wisma Putra mengingatkan semula tentang resolusi yang diterima oleh Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar' pada 19 Jan 2017.
Resolusi tersebut menzahirkan kebimbangan berhubung keganasan dan pencabulan hak asasi manusia yang serius terhadap minoriti Islam Rohingya serta menggesa Myanmar untuk menghapuskan punca konflik dan mengambil langkah berkesan bagi mencegah krisis itu daripada bertambah buruk.
Wisma Putra turut mengalu-alukan laporan terakhir oleh Suruhanjaya Penasihat Negeri Rakhine, terutama dalam isu hak asasi manusia serta menyambut baik komitmen kerajaan Myanmar dalam melaksanakan saranan-saranan laporan itu.
"Malaysia berharap untuk bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menghulurkan sokongan dan bantuan kepada kerajaan Myanmar ketika ia menangani cabaran-cabaran kompleks di negeri Rakhine."
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN
#minoriti Islam
#Myanmar
#Piagam ASEAN
#Rakhine
#resolusi
#Rohingya
#Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan