awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
26/11/2024
08:15 MYT
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegasan berkenaan adalah berteraskan prinsip memelihara keamanan serantau. - Foto BERNAMA
SEOUL: Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegasan berkenaan adalah berteraskan prinsip memelihara keamanan serantau dan tidak bertolak-ansur terhadap sebagai cubaan mencetus ketidakstabilan.
“Oleh kerana jaringan keselamatan Korea dan rantau ini, kita telah mengecam Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik pada 31 Oktober lalu yang mengancam keselamatan.
“Kita ambil pendekatan bahawa setiap negara mempunyai hak untuk mengadakan apa-apa program pertahanan mereka, tetapi tidak berhak untuk mencetus provokasi dan ketegangan serantau,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media tertutup bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.
Di samping itu, Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap wawasan Presiden Republik Korea, Yoon Suk Yeol untuk menyatukan Semenanjung Korea.
Pendirian tersebut disambut baik dan dizahirkan secara langsung oleh Yoon kepada Anwar dalam pertemuan kedua-dua pemimpin pada Isnin.
“Presiden Yoon mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kita yang memberi dokongan kepada dia untuk bergerak kearah penyatuan Korea. Daripada permusuhan dan perbalahan, lebih baik mereka bergerak ke arah penyatuan,” ujar Anwar.
Anwar mengakhiri lawatan kerja di Korea Selatan yang bermula sejak Ahad lalu, dengan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Delegasi Malaysia juga disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia yang lain.
Topic Berkaitan
#lawatan kerja ke Korea Selatan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik Korea Utara
#Perdana Menteri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan