KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata pembangunan polisi berkenaan adalah penting supaya kenderaan yang sudah berakhir jangka hayat boleh dimanfaatkan menerusi pelbagai komponen dan bahan yang masih boleh diguna pakai agar tidak sekadar menjadi bahan buangan yang sia-sia.
"Lambakan kenderaan usang sehingga menjadi punca wabak denggi, dipercayai berlaku kerana masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan penekanan diberikan kepada kaedah pelupusan yang tepat," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mewakili Konsortium Penyelidikan ELV dan Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA).
Menurut Dr Adham dalam merangka pelan hala tuju ELV yang sesuai Malaysia melihat kepada Singapura dan Jepun yang telah mempunyai kepakaran dalam pengitaran semula ELV.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan beliau berkata 70 peratus barang dileraikan dari ELV boleh dieksport ke negara lain, dan industri ini berpotensi mencecah RM10 bilion.
Katanya berdasarkan data Kementerian Pengangkutan sehingga Mei 2022 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ialah 33 juta, dengan 19 juta daripadanya adalah kenderaan berusia 10 tahun ke atas.
Mengenai MoU yang ditandatangani hari ini Dr Adham berkata Konsortium Penyelidikan ELV yang melibatkan tiga universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bekerjasama dengan pihak industri iaitu MAARA dalam menyelesaikan permasalahan kenderaan akhir hayat secara mengitar semula bahan komponen ELV atau mengolah satu produk lain.
MoU yang dimeterai bertujuan mengumpul maklumat dan pengetahuan mengenai pembuatan semula dan kitar semula, memupuk kerjasama antara industri dan ahli konsortium melalui penyelidikan dan program latihan serta membangunkan pelan pembuatan semula dan kitar semula bagi menyokong Dasar Automotif Nasional 2020.
Ditanya mengenai kenderaan elektrik (EV) Dr Adham berkata menjelang 2025 Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecas di seluruh negara berbanding 700 stesen pada masa ini.
"Selain itu industri pembangunan bateri (untuk kenderaan EV) perlu diselaraskan dengan penggunaan EV supaya dapat membuka peluang pekerjaan kepada golongan B40," katanya.
Sementara itu Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dalam ucapannya berkata 99 peratus daripada komponen kenderaan yang layak dilupus, dapat digunakan semula.
Presiden MAARA Datuk Khan Mohd Akram Khan pula berkata MAARA kini mempunyai 200 ahli terdiri daripada pemain dalam industri ELV yang bersedia mengeksport bahagian yang boleh dikitar semula dari kenderaan yang sudah tamat hayat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU antara UTM dengan Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA), hari ini. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025
Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025.