KUALA LUMPUR: Konsep 'Malaysia Madani' adalah langkah negara melakukan anjakan paradigma bagi memacu pembangunan negara ini seiring dengan negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada pandangannya konsep itu perlu dilakukan bukan secara evolusi, tetapi dengan segera.
"Sebab dalam situasi dunia yang makin berubah dengan pelbagai sistem komunikasi dan teknologi yang cepat bertukar, tentunya kita tidak harus ketinggalan untuk berada di garisan hadapan bagi memacu pembangunan.
"Jadi yang penting bukan hanya pembangunan fizikal, saya sebutkan di banyak tempat bahawa harus ada perimbangan soal rohani dengan dengan soal lahiriah, disebut physical happiness dan spiritual happiness supaya berlaku perimbangan antara duniawi dan ukhrawi," katanya pada Temu Bual Eksklusif Bernama Radio bertajuk "Jiwa Pejuang, Cerminan Madani" di sini malam ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya langkah yang beliau akan lakukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam membawa dan menerapkan konsep berkenaan dalam jiwa anak muda.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memperkenalkan konsep 'Malaysia Madani' sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Konsep Madani itu berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada pandangannya konsep itu perlu dilakukan bukan secara evolusi, tetapi dengan segera. - Gambar fail

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

KKM galak sediakan kod QR, mudahkan aduan kualiti makanan
Kementerian Kesihatan Malaysai galakkan setiap negeri menyediakan imbasan kod QR di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan.

Amalan tidak jejas penyampaian perkhidmatan - CUEPACS
Amalan segelindir penjawat awam bawahan yang berlagak berkuasa seperti pegawai di peringkat tertinggi tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam [TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015473/16574787851679661843390_640x360.jpg)
[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam
Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam bermula jam 10 malam ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu).

Dialog Anak Muda: Mobiliti anak muda
Adakah sistem pengangkutan awam negara cukup mesra anak muda? Guna pengangkutan awam untuk jimat poket atau ubah gaya hidup? Apa idea anak muda untuk tambah baik sistem kesalinghubungan pengangkutan awam? Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Kes saman fitnah Zahid Hamidi terhadap Tun M ditetap November
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Zahid terhadap Dr Mahathir.

Mekanisme baharu percepat pengeluaran sijil halal perlu dilaksana - Zahid
Ia memandangkan pengeluaran sijil halal ketika ini mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk diluluskan berikutan beberapa kekangan termasuk karenah birokrasi.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Kerajaan buka ruang anak golongan berkemampuan, alumni memasuki MRSM
Permintaan memasuki MRSM turut berada di tahap lebih daripada 300 peratus daripada kemampuan untuk melanjutkan pelajaran di insitusi itu.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Kerajaan tubuh Majlis Madani - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.