awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malaysia Madani' takrifan baharu konsep depani cabaran masa kini - Ismail Yusop

Israr Khalid
Israr Khalid
19/01/2023
23:45 MYT
'Malaysia Madani' takrifan baharu konsep depani cabaran masa kini - Ismail Yusop
ISMAIL: Konsep Malaysia Madani sudah diperkatakan oleh Anwar Ibrahim sejak 1997.
KUALA LUMPUR: Konsep Malaysia Madani adalah satu bentuk takrifan baharu kepada falsafah, pelan dan tindakan yang sepatutnya untuk mendepani cabaran semasa.
Kata Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Ismail Yusop, ia adalah sebuah gagasan pemikiran yang menegaskan tentang membentuk hala tuju negara menuju sejahtera dengan acuan sendiri.
Menurutnya, konsep itu sebenarnya telah disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak lebih dua dekad lalu, tetapi kini diberi nafas baharu untuk menyesuaikan dengan realiti semasa.
“Kalau dulu polisi-polisi kita merujuk kepada sama ada Timur atau Barat, penanda aras kita itu sebagai sebuah negara yang pernah dijajah.
“Saya masih ingat tahun 1997, Anwar pernah sebut tentang pembentukan negara madani dan artikel itu pernah keluar di Jakarta.
"Disebut bahawa, ‘betapa pentingnya kebebasan berfikir dan ilmu itu merupakan prasyarat untuk kita menangani cabaran'. Pada waktu itu (cabarannya) adalah globalisasi.
“Beliau juga mengatakan bahawa, ‘kita perlu melihat ke dalam kerana kita ada kekuatan sendiri di sebalik kesukaran yang kita lalui’,” kata Ismail dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Maka, jelas beliau, setiap rukun yang digariskan oleh Perdana Menteri dalam konsep Malaysia Madani itu tidak boleh dilihat definisinya secara konvensional kerana sudah dinyatakan bahawa ia adalah satu takrifan baharu.
Malaysia Madani takrifan baharu konsep depani cabaran masa kini - Ismail Yusop
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#Anwar Ibrahim
#Malaysia Madani
#Ismail Yusop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan