awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu sokongan Majlis Keselamatan PBB untuk Tribunal MH17

Bernama
Bernama
29/07/2015
14:33 MYT
Malaysia mahu sokongan Majlis Keselamatan PBB untuk Tribunal MH17
LIOW: Kami meminta majlis itu untuk mengingat semula janji mereka untuk bekerjasama penuh dalam usaha mencari pihak bertanggungjawab menembak jatuh MH17.
Malaysia akan mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk mewujudkan tribunal jenayah antarabangsa mengenai insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan mewakili Malaysia di New York hari ini bersama empat wakil Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 - Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine.
Menurutnya, setahun lalu, majlis itu sebulat suara mengguna pakai Resolusi 2166 beberapa hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengecam insiden itu dan meminta siasatan menyeluruh dan penyiasatan bebas antarabangsa selaras dengan ketetapan penerbangan awam antarabangsa.
Resolusi itu meminta semua negara untuk memberikan kerjasama penuh kepada siasatan antarabangsa dan mahukan pihak yang melakukannya bertanggungjawab.
"Kita berada di persimpangan sekali lagi, dan kami meminta majlis itu untuk mengingat semula janji mereka untuk bekerjasama penuh dalam usaha mencari pihak bertanggungjawab menembak jatuh MH17.
"Untuk melakukan ini, satu tribunal jenayah antarabangsa perlu diwujudkan. Di seluruh dunia, kami masih berkabung atas kehilangan 298 nyawa," katanya.
Liow berkata Malaysia tetap fokus untuk mendesak komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan penjenayah yang mengakibatkan tragedi itu dibawa ke muka pengadilan.
Semua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.
Topic Berkaitan
#JIT
#Liow Tiong Lai
#MH17
#PBB
#tribunal jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan