awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia malang jika Selangor gagal - Amirudin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/06/2018
07:04 MYT
Malaysia malang jika Selangor gagal - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akui penanda aras yang diletakkan rakan sejawatnya dahulu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali amat tinggi. - Foto ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
Malaysia bakal menerima nasib malang sekiranya Selangor gagal untuk menjadi penyumbang terbaik kepada ekonomi negara.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akui penanda aras yang diletakkan rakan sejawatnya dahulu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali amat tinggi.
"Ini adalah satu tanggungjawab berat yang saya sedia pikul. InsyaAllah kita akan tingkatkan penyampaian.
"Kita juga harus tingkatkan penyampaian untuk membantu negara. Maknanya, kalau Selangor gagal, maknanya Malaysia akan alami nasib malang.
"Justeru, tanggungjawab kita bukan hanya untuk tingkatkan penyampaian terbaik buat Selangor, malah untuk membantu proses pemulihan Putrajaya dan Malaysia sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan rakan-rakan kabinet," katanya dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Kompleks Kediaman EXCO Selangor, di sini hari ini.
Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 23 peratus bagi tahun 2016 dan beberapa tahun sebelumnya.
Tambahnya, beliau akan meneruskan polisi dan dasar yang dilaksanakan Mohamaed Azmin selain mengangkat Selangor sebagai Negeri Pintar Serantau.
"Pentadbiran Negeri Selangor akan memastikan kesinambungan pentadbiran yang peduli rakyat, telus dan berintegriti. Saya berazam untuk meneruskan kecemerlangan Negeri Selangor sebagai Negeri Pintar Serantau (Regional Smart State) dengan kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Amirudin berusia 38 tahun merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan pernah menyandang jawatan EXCO sewaktu pentadbiran Mohamed Azmin.
"Dengan penuh rasa rendah diri dan tangan yang terbuka saya ingin mengajak anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor, pihak korporat dan swasta, parti-parti politik dan terutama sekali rakyat Negeri Selangor untuk menggembleng tenaga memajukan Negeri Selangor yang tercinta ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Amirudin Shari
#DUN Sungai Tua
#ekonomi
#KDNK
#Menteri Besar
#Menteri Besar Selangor
#Mohamed Azmin Ali
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan