SINGAPURA: Malaysia melihat komitmennya kepada Asean sebagai kepentingan strategik dalam penglibatannya dengan negara-negara Asean lain dan China, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan juga Asean, sambil menambah China dan Asean - dengan gabungan penduduk lebih dua bilion - boleh membentuk trajektori Asian Century (Abad Asia).
"Malahan, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka menjadi pendaya kukuh bagi usaha ini. China menyaksikan perdagangannya dengan Asean meningkat sebanyak 15 peratus pada 2022 - tahun pertama RCEP mula berkuat kuasa.
"Hubungan ekonomi kita terus bertahan dalam tempoh mencabar. Perdagangan dua hala China-Asean malahan menongkah arus negatif yang disebabkan oleh pandemik, meningkat daripada AS$641.5 bilion pada 2019 kepada US$975.3 bilion pada 2022," katanya dalam ucap tama beliau pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Perniagaan CGS China-Asean, di sini, hari ini.
Beliau juga berkata China merupakan pelabur utama Malaysia pada tahun lepas dengan pelaburan bernilai US$12.5 bilion (RM55.4 bilion).
Ketika rantau ini membina semula ekonominya daripada kemusnahan akibat pandemik COVID-19, Tengku Zafrul berkata Malaysia, bersama-sama dengan China dan negara anggota Asean, boleh juga menimbang membentuk perkongsian kerjasama pelbagai hala dengan negara-negara lain yang menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan.
Ini akan membantu memudahkan aliran barang, modal dan perkhidmatan, katanya, sambil menambah Malaysia bersedia untuk menyokong BRI dengan tenaga kerja mahirnya yang fasih bertutur pelbagai bahasa.
Beliau juga mencadangkan beberapa sektor utama diteroka secara bersama-sama untuk manfaat bersama semua pihak.
Ini termasuk pasaran kewangan dan pasaran halal, katanya, sambil menambah 20 peratus daripada populasi besar China tidak mempunyai akaun bank, manakala 70 peratus penduduk Asia Tenggara sama ada tidak mempunyai akaun bank atau jarang menggunakan perkhidmatan bank.
"Sudah tentunya terdapat peluang besar dalam segmen ini. Juga, di rantau ini yang 42 peratus penduduknya adalah orang Islam, kewangan Islam dan industri halal masih belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi perniagaan berkaitan China, termasuk dari segi BRI," katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pengiktirafan bersama pensijilan halal antara satu sama lain, sebagai permulaan, yang akan memastikan kecekapan kos yang lebih baik bagi perusahaan kecil dan sederhana.
China dan negara-negara anggota Asean juga boleh bekerjasama rapat dalam sektor seperti alam sekitar, sosal dan tadbir urus (ESG) dan tenaga bersih serta ekonomi digital.
Tengku Zafrul berkata Malaysia mempunyai dasar yang kukuh bagi kesemua ketiga-tiga sektor tersebut yang mencerminkan komitmen kemampanan negara, fokus utama kepada teknologi digital serta pasaran kewangan yang dikawal selia dengan baik dan ekosistem halal.
"Sebagai menteri perdagangan baharu Malaysia, saya boleh katakan bahawa kami berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
"Oleh itu, ingin saya katakan bahawa Malaysia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi papan loncatan utama dan efisien dari segi kos atau pangkalan sokongan bagi negara-negara yang mahu memasuki bukan hanya Asia Tenggara tetapi juga negara-negara lain di Asia termasuk China," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia yakin rundingan Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) yang dijangka dimuktamadkan dalam masa dua tahun, juga akan mengukuhkan lagi hubungan rapat sedia ada di peringkat dua hala dan juga serantau.
Menyentuh mengenai prinsip berkecuali Asean, beliau berkata Malaysia juga akan meneruskan hubungan baik dengan semua rakan dagang utamanya.
"Selain itu, hubungan antara Asean dan China perlu sentiasa berlandaskan sikap saling mempercayai dan menghormati.
"Kita amat berharap sebarang potensi persengketaan kuasa besar tidak akan menular ke sempadan kita. Tetapi kita menghargai kehadiran dan komitmen mereka ke rantau kita, terutamanya dalam perniagaan, pelaburan dan perdagangan.
"Menjadi harapan besar kita agar Asia Tenggara boleh kekal sebagai zon konflik atau permusuhan yang minimum, dan rantau yang menyokong kerjasama, kemakmuran dan keamanan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Malaysia melihat komitmennya kepada Asean sebagai kepentingan strategik dalam penglibatannya dengan negara-negara Asean lain dan China, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.