Malaysia mempunyai pemahaman agak kukuh mengenai pembiayaan keganasan domestik, antarabangsa

Cawangan Khas PDRM secara sistematik mempertimbangkan komponen kewangan yang terlibat dalam aktiviti keganasan, yang telah membawa kepada pengesanan, penyiasatan dan pendakwaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai pemahaman yang agak kukuh mengenai ancaman keganasan domestik dan antarabangsa serta risiko pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan ancaman itu, menurut laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) dan Kumpulan Asia/Pasifik (APG) mengenai Pengubahan Wang Haram.
Ringkasan AI
- Malaysia mempunyai pemahaman yang kukuh mengenai ancaman keganasan domestik dan antarabangsa, serta risiko pembiayaan keganasan yang berkaitan.
- Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia secara sistematik mempertimbangkan komponen kewangan dalam aktiviti keganasan, menghasilkan pengesanan, penyiasatan, dan pendakwaan.
- Profil risiko Malaysia menurun sejak 2015 disebabkan oleh kejatuhan pengaruh ISIL global dan langkah sekatan pergerakan semasa COVID-19 yang mengurangkan risiko pembiayaan keganasan.
"Sejak 2019, Cawangan Khas telah menyiasat sejumlah 12 kes pembiayaan keganasan dan melaksanakan 18 pendakwaan serta tujuh disabitkan kesalahan.
"Kebanyakan siasatan dan pendakwaan berkaitan pembiayaan keganasan melibatkan Negara Islam di Iraq dan Syam (ISIL) dan tidak sepenuhnya mencerminkan profil risiko pembiayaan keganasan serantau Malaysia, khususnya risiko yang berkaitan dengan Kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah. Kelemahan ini adalah ketara memandangkan risiko serantau serta peranan Malaysia sebagai negara sumber dan transit untuk pembiayaan keganasan," menurut laporan itu.
Bagaimanapun, laporan itu juga menyatakan sejak laporan penilaian bersama 2015, profil risiko Malaysia telah menurun, terutamanya dengan kejatuhan pengaruh ISIL di peringkat global dan terhadap kumpulan ekstremis di peringkat serantau.
Selain itu, langkah sekatan pergerakan yang ketat yang dilaksanakan di Malaysia semasa COVID-19 dari 2020 hingga 2022 turut mengurangkan risiko pembiayaan keganasan dengan mengehadkan pergerakan orang ramai, tambahnya.
Sejak 2019, Malaysia telah mensabitkan kesalahan tujuh individu atas pembiayaan keganasan dengan hukuman penjara antara 1.5 hingga 6 tahun. Bagaimanapun, enam daripada tujuh sabitan itu adalah kurang dari tiga tahun. Walaupun rendah, hukuman ini nampaknya sepadan dengan skala aktiviti pembiayaan keganasan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


