awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
13/03/2025
05:30 MYT
Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Membangunkan loji tenaga nuklear bukan sekadar soal teknologi, tetapi memerlukan pertimbangan menyeluruh. - Gambar hiasan/ Burghard Mohren/ Pixabay
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mempertimbangkan nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.
Dari kesediaan sumber hingga penerimaan masyarakat, keputusan ini bukan sesuatu yang boleh dibuat dengan mudah.
Berikut adalah lima perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum Malaysia boleh melangkah ke arah tenaga nuklear berdasarkan pandangan Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ahmad Fariz Mohamed.
1️⃣ Sumber uranium dan kos Tenaga nuklear memerlukan uranium, dan sumber bahan bakar ini bukan sahaja semakin berkurangan tetapi juga mahal. Malaysia perlu memastikan bekalan yang stabil dan berpatutan untuk jangka panjang bagi menjamin kelangsungan loji tenaga nuklear.
2️⃣ Pelaburan berskala besar Pembangunan loji nuklear memerlukan pelaburan berbilion ringgit, merangkumi infrastruktur, teknologi keselamatan, serta pengurusan sisa radioaktif. Kebergantungan kepada pakar luar turut meningkatkan kos operasi.
3️⃣ Kepakaran tenaga kerja Sumber manusia memainkan peranan penting dalam kejayaan loji nuklear. Malaysia perlu melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, keselamatan, dan pengurusan bahan radioaktif. Tanpa tenaga pakar tempatan, kebergantungan kepada pakar asing akan meningkatkan kos dan risiko operasi.
4️⃣ Lokasi dan impak alam sekitar Pemilihan lokasi loji nuklear bukan sahaja bergantung kepada keperluan teknikal tetapi juga aspek alam sekitar. Malaysia telah menandatangani beberapa konvensyen berkaitan biodiversiti, dan pembinaan loji di kawasan sensitif boleh mencetuskan konflik dengan komitmen ekologi negara.
5️⃣ Penerimaan masyarakat dan penyertaan swasta Sokongan sektor swasta penting dalam menjayalan tenaga nuklear di Malaysia. Pada masa sama, penerimaan masyarakat terhadap loji nuklear perlu diambil kira, terutama bagi kawasan berpenduduk padat seperti Selangor.
Membangunkan loji tenaga nuklear bukan sekadar soal teknologi, tetapi memerlukan pertimbangan menyeluruh melibatkan aspek ekonomi, sosial, dan alam sekitar.
Dengan cabaran besar dan kesan jangka panjang, perancangan rapi amat diperlukan sebelum Malaysia melangkah ke arah tenaga nuklear.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#tenaga nuklear
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan