PUTRAJAYA: Malaysia bakal menjadi hab penting di peringkat global dalam pembangunan industri mineral pada masa akan datang kerana memiliki kepelbagaian sumber mineral yang dianggarkan bernilai RM4.11 trilion.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata sumber mineral di seluruh negara itu berpotensi untuk diusahahasilkan secara optimum.
Katanya, kajian tinjauan awal dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menganggarkan nilai sumber mineral logam negara bernilai RM1.03 trilion, mineral bukan logam (RM2.96 trilion) dan mineral tenaga (RM0.12 trilion).
"Walaupun nilai ini masih merupakan anggaran, hakikat yang perlu kita ketahui adalah Malaysia mempunyai sumber mineral yang sangat bernilai dan mampu menjadi sebahagian kepada penyumbang utama kemajuan ekonomi negara.
"Melihat kepada kewujudan kepelbagaian sumber mineral yang tersebar di seluruh negara, ia bukan sahaja memberikan pendapatan kepada negara, malah memberi manfaat kepada kemajuan ekonomi negeri melalui aktiviti perlombongan dan pengeksportan bahan mineral yang dijalankan.
"(Justeru) Saya mengalu-alukan kerjasama antara agensi kerajaan dengan penggiat industri bagi menjadikan industri mineral negara lebih cekap dan berkesan serta mengutamakan soal aspek perlombongan mampan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pembangunan industri mineral antara Ranhill Berhad dan Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dengan JMG.
Majlis di sebuah hotel di Putrajaya itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shamsul, Anuar Nasarah.
Turut hadir, Presiden Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad.
MoU ini bertujuan untuk memastikan pihak industri mineral mengutamakan prinsip kebertanggungjawaban dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan sistem biodiversiti negara ketika melakukan aktivivti eksplorasi, perlombongan, pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan mineral.
MoU ini diadakan sempena pelancaran Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) oleh Muhyiddin sebelum ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menyatakan kerajaan mensasarkan untuk industri mineral menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM29 bilion setahun pada tahun 2030.
Astro Awani
Thu Apr 22 2021
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pembangunan industri mineral antara Ranhill Berhad dan Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dengan JMG.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Malaysia miliki sumber mineral RM4.11 trilion, bakal jadi hab penting pembangunan industri global
Shamsul Anuar, berkata sumber mineral di seluruh negara itu berpotensi untuk diusahahasilkan secara optimum.