awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, manfaat separuh daripada populasi negara

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/03/2021
07:03 MYT
Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, manfaat separuh daripada populasi negara
Khairy Jamaluddin berkata, 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech iaitu tambahan tujuh juta dos lagi mampu menampung 50 peratus daripada populasi penduduk di negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia memuktamadkan untuk menerima sejumlah 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech iaitu tambahan tujuh juta dos lagi untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu mampu menampung 50 peratus daripada populasi penduduk di negara ini.
Katanya, perkara itu adalah hasil rundingan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang akan ditandatangani minggu ini dan dihantar sepanjang tahun 2021.
"Rundingan asal dibuat adalah untuk 20 peratus dan tambah kepada 39 peratus (daripada populasi).
"Kini kita muktamadkan untuk dapatkan bekalan vaksin itu sehingga 50 peratus daripada populasi rakyat di negara ini," katanya dalam sidang media Perkembangan PICK di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihak Pfizer dan BioNTech turut menawarkan sebanyak 20 peratus dos tambahan vaksin itu kepada Malaysia.
"Bagaimanapun, perkara itu masih lagi dalam rundingan dan tawaran itu sedang dalam pertimbangan kerajaan sama ada ia perlu ditambah ataupun tidak," katanya.
Sementara itu, beliau menambah, sebanyak 200,00 vaksin COVID-19 Sinovac akan diterima negara pada 15 dan 19 Mac ini dan akan digunakan sepenuhnya dalam fasa pertama PICK.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, kerajaan menzahirkan keyakinan bahawa Indeks Prestasi Utama (KPI) fasa pertama PICK akan dicapai menjelang penghujung bulan ini.
"KPI itu membabitkan seramai 571,802 petugas barisan hadapan yang berada dalam senarai akan menerima suntikan dos pertama dalam bulan ini," ujarnya.
BACA: Vaksin COVID-19: 139,720 terima vaksin, lebih 3.8 juta daftar PICK
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pfizer
#vaksin
#BioNTech
#Khairy Jamaluddin
#Sains
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan