Walaupun Malaysia mempunyai pengguna peranti telefon pintar tertinggi di dunia, ia juga tersenarai dalam negara tertinggi yang mempunyai peranti yang rosak.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pengeluar aksesori telefon bimbit pintar OtterBox, satu per tiga pengguna peranti kemungkinan telah tidak sengaja merosakkan peranti telefon pintar mereka dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pembelian.
Kajian itu turut mendapati bahawa 75 peratus rakyat Malaysia telah merosakkan peranti mereka sebanyak 2.8 kali dalam tempoh lima tahun.
Ia termasuk kerosakan kecil seperi calar di skrin sehingga kerosakan yang lebih teruk seperti kemasukan air.
Hanya 21 peratus akui telefon pintar mereka mengalami "kerosakan yang amat teruk".
Tentang penjagaan peranti mereka, dua faktor yang menjadi keutamaan: jika ia masih boleh berfungsi dan kos.
Sebanyak 68 peratus yang mengambil bahagian dalam kajian ini tidak peduli dengan skrin yang calar asalkan ia tidak menjejaskan operasi peranti mereka.
Kos yang tinggi untuk memperbaiki peranti membuatkan pengguna untuk tidak memperbaiki peranti mereka.
Hampir 24 peratus berpendapat kos RM500 secara amnya bagi memperbaiki peranti adalah terlalu tinggi.
Kajian dilakukan pada Ogos 2015 dengan penyertaan 500 rakyat Malaysia yang mempunyai peranti dan berusia lebih daripada 18 tahun.
KONGSI BERSAMA KAMI: Anda mempunyai peranti yang rosak dan belum diperbaiki? Kongsi gambar peranti anda bersama kami melalui Twitter (@501Awani) atau Facebook Astro AWANI.
Sean O Connell
Wed Nov 11 2015
Kos yang tinggi untuk memperbaiki peranti membuat pengguna untuk tidak memperbaiki peranti mereka.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Malaysia negara tertinggi guna telefon pintar rosak - Otterbox
Kos yang tinggi untuk memperbaiki peranti membuat pengguna untuk tidak memperbaiki peranti mereka.