KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan pasaran pembayaran masa nyata kelima paling pesat berkembang di seluruh dunia dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sebanyak 26.9 peratus, menurut edisi ketiga laporan Prime-Time for Real Time 2022.
Laporan itu diterbitkan oleh syarikat perisian global yang menawarkan penyelesaian pembayaran masa nyata, ACI Worldwide, dengan kerjasama syarikat data dan analitik terkemuka, GlobalData, serta Pusat Kajian Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR).
Dalam kenyataan pada Selasa, ACI Worldwide menjelaskan berdasarkan laporan itu, Malaysia memperlihatkan kepantasan yang luar biasa dalam pelaksanaan pembayaran masa nyata di seluruh negara, serta penerapan yang pantas dalam kalangan peserta bank dan bukan bank.
Ia menambah, mengikut laporan itu, Malaysia mencatatkan 1.1 bilion transaksi pembayaran masa nyata pada 2021, sekali gus membantu menjimatkan kos yang dianggarkan AS$434 juta untuk perniagaan dan pengguna, serta menjana keluaran ekonomi tambahan sebanyak AS$364 juta bersamaan dengan 1.11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Menurut laporan itu, Malaysia terus memacu penerapan pembayaran masa nyata dan memperkenalkan aliran perkhidmatan moden, menjadikannya antara pasaran pembayaran masa nyata paling canggih di dunia.
"Perkembangan pembayaran masa nyata Malaysia adalah pantas, unik dan canggih, kerana ia merangkumi penerapan pantas yang dibina atas transaksi bernilai rendah, evolusi pantas ke arah perkhidmatan lebih canggih dengan nilai tambahan, serta kerajaan yang bertekad menyokong penerapannya," tambah ACI Worldwide.
ACI Worldwide menjelaskan, laporan itu menjejaki volum pembayaran masa nyata dan pertumbuhan merentasi 53 negara.
Laporan yang merangkumi kajian impak ekonomi buat julung kalinya itu menawarkan pandangan menyeluruh mengenai manfaat ekonomi pembayaran masa nyata terhadap pengguna, perniagaan dan ekonomi merentasi 30 negara.
Ia meliputi semua negara G20, kecuali Rusia.
Naib Presiden dan Ketua ASEAN, ACI Worldwide, Chee Cheng Ong berkata Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara-negara ASEAN mengenai cara untuk mewujudkan, menyelaraskan dan memacu penggunaan rangkaian pembayaran masa nyata moden.
"Berlandaskan rangkaian pembayaran masa nyatanya pada ISO 20022, ia pantas menjadi antara persekitaran pembayaran masa nyata yang paling harmoni dan canggih di dunia, serta landasan paling ideal untuk memacu penerapannya, dan menyediakan pelbagai perkhidmatan nilai tambahan yang baharu," katanya.
Menurut ACI Worldwide, perkembangan pembayaran masa nyata di Malaysia bermula pada Disember 2018, susulan kemunculan sistem pembayaran masa nyata baharu, DuitNow, yang diperkenalkan oleh rangkaian pembayaran nasional dan penyedia infrastruktur pusat, PayNet.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara-negara ASEAN mengenai cara untuk mewujudkan, menyelaraskan dan memacu penggunaan rangkaian pembayaran masa nyata moden. - Foto ACL Worldwide
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Malaysia pasaran pembayaran masa nyata kelima paling pesat berkembang di dunia - Laporan
Malaysia merupakan pasaran pembayaran masa nyata kelima paling pesat berkembang di seluruh dunia dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sebanyak 26.9 peratus.