awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pelawa Panglima Tentera Udara India sertai pameran LIMA

Bernama
Bernama
13/02/2023
21:15 MYT
Malaysia pelawa Panglima Tentera Udara India sertai pameran LIMA
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 dijadual berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei akan datang. - Instagram mindefmalaysia
NEW DELHI: Malaysia mempelawa panglima Tentera Udara India untuk menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) tahun ini.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan menyampaikan jemputan itu ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Panglima Udara Marshal V.R. Chaudhari di pertunjukan Aero India di Bangalore pada Isnin.
Asghar turut mempelawa Chaudhari melawat TUDM, kata seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Bernama.
Kedua-dua pemimpin tentera itu membincangkan mengenai penyelenggaraan jet pejuang Su-30 di Malaysia, latihan dan pertukaran pakar.
Asghar turut bertemu dengan pemain utama industri pertahanan Rusia pada acara itu.
Dalam pertemuan dengan syarikat senjata negara Rusia Rosoboronexport, beliau turut mengundang syarikat Rusia untuk menyertai LIMA yang akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei.
Topik penyelenggaraan Su-30 turut dibincangkan dalam pertemuan ketua TUDM itu dengan syarikat Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lima
#tentera udara India
#Mohd Asghar Khan Goriman Khan
#Marshal V R Chaudhari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan