KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menyesuaikan mekanisme trajektori pertumbuhan ekonominya bagi memastikan ia menghormati batas planetan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah, daripada mengurangkan penggunaan tenaga, Malaysia perlu beralih daripada bahan api fosil yang tidak mampan dan merosakkan ke arah penggunaan sumber yang boleh diperbaharui yang jauh lebih besar.
"Sekiranya sumber berkenaan dimanfaatkan dengan berkesan, penggunaan tenaga tidak perlu dicatu. Begitu juga kaedah pengeluaran makanan semasa sama ada tanaman, ternakan atau ikan boleh disesuaikan supaya ia mampan dan regeneratif dan bukannya merosakkan.
"Kemajuan teknologi akan banyak membantu kita dalam usaha ini, seperti penggunaan dron untuk memudahkan pengagihan baja yang lebih tepat atau peningkatan kapasiti bateri untuk memudahkan penyimpanan tenaga... pertumbuhan ekonomi boleh dan mesti diteruskan tetapi ia perlu dikurangkan daripada penggunaan sumber semula jadi yang terhad dan terlalu bergantung kepada ekosistem rapuh," kata Sultan Nazrin ketika berucap pada sidang kemuncak The Cooler Earth Sustainability Summit, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, baginda bertitah peralihan itu tidak memerlukan Malaysia untuk meninggalkan pertumbuhan ekonomi sama sekali atau pertukaran antara pertumbuhan dan kemampanan kerana pertukaran sedemikian secara tidak adil akan menghalang pembangunan selanjutnya bagi banyak orang, termasuk mereka yang masih belum mencapai tahap kesejahteraan yang paling asas.
Sultan Nazrin bertitah, usaha ke arah kelestarian memerlukan tadbir urus alam sekitar yang lebih baik, oleh itu penyelarasan kawal selia dan pentadbiran yang lebih baik perlu dibangunkan antara agensi yang menguruskan hal ehwal alam sekitar.
"Kita perlu melaksanakan pendekatan berasaskan ekosistem yang merangkumi semua pihak berkepentingan dan sentiasa meletakkan rangkuman sosial dan ekonomi yang luas di tengah-tengah strategi kemampanan kita.
"Pembangunan inklusif, mengikut definisi mesti merangkumi keperluan kedua-dua generasi semasa dan akan datang. Pilihan yang dibuat sekarang akan meninggalkan kesan yang berkekalan bagi masa depan negara," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, peralihan kepada dunia yang lebih baik mesti menjadi nyata dan tidak sekadar menjadi bualan di bibir, oleh itu dasar dan insentif mesti disesuaikan untuk memastikan pertumbuhan berterusan, tetapi dengan cara yang mampan dan inklusif.
Sidang kemuncak Cooler Earth Sustainability Summit, bertemakan Facilitating a Just Transition yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini, bertujuan membolehkan semua pihak berkepentingan membincangkan cabaran dan pelan tindakan segera yang diperlukan untuk membentuk masa depan yang lebih mampan.
Tema tahun ini mencerminkan tindakan global yang mempercepatkan terhadap iklim berikutan COP26 (Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Glasgow, di samping memastikan untuk menyediakan penyelesaian iklim dan rangka tindakan pembangunan sosial yang lebih inklusif, saksama dan adil. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Titah DIraja pada 'The Cooler Earth Sustainability Summit 2022' hari ini. - Gambar BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.