KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mencari jalan untuk menukar kaedah penghasilan getah beku atau sekerap kepada getah cair atau lateks, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia berikutan Malaysia, yang merupakan pengeluar getah terbesar di dunia, masih mengimport kira-kira 80 peratus lateks atau susu getah melibatkan kos pengimportan kira-kira RM3 bilion.
"Malaysia adalah pengeluar getah terbesar di dunia... sebuah negara pengeluar sarung tangan, yang bahan utamanya adalah daripada lateks. Tetapi kenapa kita perlu mengimport lateks dari negara luar?
"Walaupun kerja banyak (proses penghasilan lateks yang rumit) dan tenaga kurang berikutan kebanyakan penoreh getah berada dalam lingkungan umur 60-an dan 70-an, yang penting ialah mesti dicari jalan dari segi pengeluaran lateks.
"Ia berikutan di Malaysia hanya terdapat tujuh depoh sahaja untuk pengumpulan bagi pengeluaran getah lateks," katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia dengan topik 'Pasca Belanjawan 2023: Memperkasa Desa MADANI' terbitan RTM, hari ini.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, antara cadangan lain untuk membantu proses pengeluaran lateks ialah dengan memperkukuh koperasi terlibat sedia ada, serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan peneroka getah.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai bertambahan peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM500 juta berbanding 2022 dan bagaimana ia dapat memberi penambahbaikan kepada golongan bersasar, khususnya penoreh getah.
Di Malaysia, getah beku lebih popular dalam kalangan penoreh getah kerana proses penghasilannya yang lebih mudah, berbanding lateks yang lebih rumit.
Untuk menghasilkan getah beku, penoreh hanya perlu menoreh dan meninggalkan susu getah membeku dalam mangkuk sebelum mengutip hasil selepas tiga hari manakala untuk lateks, penoreh perlu menunggu susu getah berhenti menitik antara empat hingga lima jam, sebelum membawa hasil keluar dari kebun.
- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Malaysia perlu mencari jalan untuk menukar kaedah penghasilan getah beku atau sekerap kepada getah cair atau lateks, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar BERNAMA
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Malaysia perlu cari jalan untuk tukar kaedah hasilkan getah beku kepada lateks - Ahmad Zahid
Malaysia pengeluar getah terbesar di dunia masih lagi mengimport 80 peratus lateks dengan kos RM3 bilion.